Usahawan kosmetik terkenal, Madammu bertindak naik angin apabila didakwa ada individu yang cuba merosakkan hubungan antara dirinya dengan anak-anak tiri.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Madammu Pernah Kemurungan Akibat Kata-Kata Kesat Guru – ‘Jangan Nak Cemar Nama Baik Sekolah, Kau Tu Budak Kampung’
Artikel berkaitan: Sekian Lama Menanti, Madammu Akhirnya Kongsi Gambar Baby Kayden
Cuba merosakkan hubungan anak-anak
Menerusi perkongsian di TikTok, Madammu atau nama sebenarnya Eriyca Baiduri membaca satu komen daripada individu yang digelar ‘mak cik’ ketika membuat siaran langsung.
Cari pasal. You jangan nak merosakkan hubungan anak-anak saya antara Zahara, Qally, Ahmadhi dengan Kayden. You tak payah ingatkan dia tahu siapa mak dia.
Komen-komen macam ni lah yang Madammu naik angin. Dulu saya sabar macam malas nak ambil port sangat tapi ini melampau lah ni.
Memang nampak komen tu macam simple sebenarnya banyak komen yang Madammu abaikan daripada mak cik ni. Tapi kali ni cara you cakap tu you ada skeptikal walaupun komen tu pendek.
Komen tersebut bagaimanapun tidak dapat dikenalpasti namun ia mempunyai kaitan dengan anak-anak tirinya.
Dalam pada itu, dipercayai Madammu mengenali individu tersebut yang didakwa sengaja untuk melaga-lagakan mereka.
Kita tahu you rasa tak happy tapi you kena faham budak-budak kena teruskan hidup. Sekurang-kurangnya ada orang jaga, sekolahkan dia dan sayangkan dia.
You tak melalui kehidupan budak-budak tu. You tak melalui pun kehidupan Zahara, Qally dan Ahmadhi. You cuma tengok daripada jauh sahaja.
Zahara dan Qally bukan budak-budak mereka dah 16, 15 tahun dah. Jangan ganggu emosi mereka. Cucu saudara you lah. Cari pasal betul mak cik ni.
Untuk rekod, Madammu telah mendirikan rumah tangga bersama suaminya Azri pada 2015 yang memiliki tiga cahaya mata iaitu Zahara, Qally dan Ahmadhi hasil perkahwinan suaminya yang lalu.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan anak pertama iaitu Ahmad Kayden yang selamat dilahirkan pada 9 Jun 2023.
@nina.jaafar buka buka tiktok terus kena marah…terkezut sis ???? #noirskinspecialist #copywritingbynina #leaderhqnoirpahang #purewhitesoya #superwhiteningskinpeptides #KakaduBrighteningSerum #NoirMachang #productnoir #NoirPahang #skincaren ? original sound – Miss Nelly Noir
Sumber: TikTok