Usahawan terkenal, Eriyca Baiduri atau lebih dikenali sebagai Madammu, mendedahkan bahawa dia memperuntukkan sekitar RM40,000 sebulan untuk perbelanjaan ibunya, termasuk bayaran rumah, kereta, dan pembantu rumah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kebahagiaan Orang Berbeza-Beza, Kenapa Nak Hina Mereka Yang Pakai Barang Tiruan?’ – Madammu
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Madammu Hilang Cincin & Gelang, Kerugian Hampir RM40,000 – ‘Tak Apalah, Tak Ada Rezeki’
‘Saya tak ungkit pun’
@fatmanoir_n0000745 Supplement madammu amal ? @fatma | NOIR #noirhealthbeauty #madammunoir #supplementkulit #peptide ? Vlog ? Stylish city pop(1275391) – orino
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini, Madammu berkata dia bukanlah mahu mengungkit apa yang dibelanjakan kepada ibunya tetapi sekadar menjawab pertanyaan netizen.
Saya tak ungkit pun, tapi orang yang tanya berapa saya keluar duit untuk perbelanjaan mummy. Saya beritahu je. Itu masing-masing punya rezeki.
Tambah Madammu lagi, rumah yang didiami oleh ibunya itu juga dibeli atas namanya sendiri dan disebabkan itu, dia memperuntukkan hampir RM20,000 untuk membayar pinjaman rumah dan selebihnya adalah untuk perbelanjaan ibunya termasuk ansuran kereta dan gaji pembantu rumah.
Rumah mummy tu saya yang beli, atas nama saya. Perbelanjaan bulanan untuk mummy sebulan lebih kurang RM40,000 dan separuh daripada itu, bayaran rumah. Rumah mummy tu mahal, nak bayar kereta dengan orang gaji lagi.
Madammu seloroh
@bellanoir_8426 Sapa bagi lebih itu paling syg? #madammu ? original sound – Bella Noir Shop
Menerusi sesi siaran langsung yang lain, Madammu sempat berseloroh memberitahu bahawa ‘kasih sayang’ ibunya itu bergantung kepada amaun perbelanjaan yang diberikan oleh anak-anak.
Siapa bagi duit lebih dekat dia dalam satu minggu tu, anak tu lah dia paling sayang. Contoh kalau minggu tu saya bagi dia duit belanja lebih daripada adik-beradik lain, saya lah yang dia paling sayang. Kalau minggu depan Dee (adik bongsu) bagi lebih, Dee lah dia sayang.
Pendedahan ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, dengan ramai yang kagum dengan keikhlasan Madammu dalam menjaga kebajikan ibunya.
Sumber: TikTok