Pernah disamakan dengan kumpulan wanita terkenal antarabangsa, BLACKPINK, muzik video (MV) kumpulan Dolla iaitu ‘Dolla Make You Wanna’ telah meraih 1 juta tontonan. Tahniah!
Kumpulan yang dianggotai empat wanita iaitu Sabrina, Tabby, Syasya dan Angel berharap video tarian mereka terus mendapat sokongan rakyat Malaysia.
Berjaya curi perhatian
Konsep lagu, penampilan, nyanyian dan tarian yang dipersembahkan Dolla dalam single debut mereka ‘Dolla Make You Wanna’ pada Mac lalu berjaya mencuri perhatian peminat muzik Malaysia. Video rasmi yang dimuat naik di laman YouTube Universal Music Malaysia sejak 19 Mac lalu, sudah mencapai lebih satu juta tontonan.
Pada masa sama, video muzik itu turut menjadi tumpuan YouTuber dari dalam dan luar negara. Malah, ada yang mula membuat video ‘dance cover’ mengikut gerak tari Dolla dalam video muzik itu selain turut membuat video ulasan dengan maklum balas positif berkenaan bakat tarian yang dimiliki.
Mengikut kriteria koreografi
Menurut salah seorang ahli Dolla, Sabronzo memberitahu bahawa mereka bakal menyertai pertandingan “How You Like That” Dance Cover Contest anjuran kumpulan Blackpink.
Kami berharap video penyertaan ini mengikut koreografi lagu terbaharu BLACKPINK sekali gus berjaya mencuri perhatian peminat muzik di Malaysia dan di luar negara. Sekiranya video ini dapat pergi jauh dan dinikmati oleh ramai orang pun sudah memadai. Semoga peminat muzik di Malaysia sudi menyokong usaha kami ini dengan menonton dan berkongsi video ini dengan rakan-rakan.
Jelasnya lagi, pertandingan itu juga memerlukan peserta merakam video tarian mengikut koreografi penuh seperti yang dipaparkan dalam video muzik terbaharu BLACKPINK, How You Like That. Pertandingan yang berlangsung dari 6 Julai lalu itu bakal berakhir hari ini dan pemenang akan diumumkan pada 28 Julai nanti. Pemenang bakal ditawarkan hadiah utama sejumlah KRW 10 juta bersamaan dengan RM35,000.
Sumber: Astro Gempak