Perbezaan kaum dan agama sedikit pun tidak menghalang Ozlynn dan Johan untuk menyambut Tahun Baru Cina bersama keluarga besar mereka. Menerusi sebuah video yang dikongsikan oleh Ozlynn di Instagram, keluarga terdekatnya yang berbangsa Cina telah menyediakan sebuah bilik untuk mereka sekeluarga menumpang solat. Terbaik!
Sesuatu yang tak boleh kau beli
Mahal! Sesuatu yang tak boleh kau beli. Beraya rumah pak long (popo punya abg ipar) bagi bilik untuk kami tumpang solat. Masing-masing menghormati agama memasing. Tu video Chantiq dan Moleiq tengah solat. Cucu solat dalam bilik atuk sembahyang dekat luar. Alhamdulillah selamat sampai rumah. Dah berapa tahun tak dapat sambut raya. Kali ni rezeki dapat bawa abah sekali beraya sama.
Menurut Ozlynn, kenangan menyambut Tahun Baru Cina bersama keluarga sebelah suaminya merupakan kenangan yang paling ‘mahal’. Ini kerana, mereka saling menghormati agama masing-masing. Ujar Ozlynn, mereka sekeluarga disediakan sebuah bilik khas untuk menunaikan solat. Lebih terharu, anak-anaknya solat di dalam bilik dan datuk mereka sembahyang di luar.
Ikut kepercayaan masing-masing
View this post on Instagram
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memberi pujian buat keluarga Johan kerana menghormati agama lain. Bukan itu sahaja, netizen berharap seluruh rakyat Malaysia dapat melakukan hal yang sama memandangkan negara kita mempunyai pelbagai agama dan bangsa. Ujar netizen lagi, keharmonian sesebuah negara dapat diwujudkan sekiranya setiap individu menghormati antara satu sama lain.
Sumber: Ozlynn