Pempengaruh media sosial, Aisyah Hijanah meluahkan rasa syukur apabila proses pembahagian harta sepencarian bersama suami, Alif Teega selesai dibicarakan.
Artikel Berkaitan: Alif Teega Hadiahkan Cincin Sempena Ulang Tahun Kelahiran Aisyah Hijanah, Netizen Respon – ‘Setia Lebih Mahal’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Alif Teega & Aisyah Hijanah Bakal Lancar Lagu ‘Teristimewa’, Netizen Tanya Mana Isteri Kedua?
Harta sah milik Aisyah
Ketika ditemui OhBulan!, Aisyah atau nama lengkapnya Aisyah Hijanah Azhari, 29, berkata, syarikat Hijanah yang diusahakan bersama suami kini sepenuhnya menjadi miliknya.
Hari ini (Isnin) kita baru sahaja habis perbicaraan untuk kes harta sepencarian yang kita sudah persetujui sebelum ini.
Hari ini selesai sudah semua dan disahkan oleh hakim. Syarikat Hijanah sebelum ini kita uruskan bersama tapi Alhamdulillah Alif pun sudah serahkan sepenuhnya atas nama saya.
Aisyah berkata demikian ketika ditemui selepas selesai prosedur harta sepencarian di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, pada Isnin.
Sementara itu, Alif berkata, pemberian syarikat tersebut bukan menunjukkan isterinya seorang yang tamak, sebaliknya berkata selayaknya diberikan kepada Aisyah.
Apa yang kita buat hari ini bukan menunjukkan isteri saya tamak, nak bolot semua.
Selayaknya Aisyah dapat sepenuhnya harta ini. Benda ini sepatutnya dibuat sebelum poligami. Isteri ada hak minta apa yang dia nak.
Sementara itu, ditanya mengenai pembahagian harta buat isteri kedua yang dikenali sebagai Fatin, Alif sambil tertawa berkata wanita itu mempunyai bahagian tersendiri.
Rezeki dia (Fatin) ada. Tak semestinya kita bagi (Aisyah) semuanya, Fatin tidak dapat apa. Aisyah sesuai dapat apa yang dia dapat.
Takkan yang diusahakan ini, yang kedua nak merasa. Biarlah Aisyah uruskan. Dia (Fatin) ada rezeki dia. Ada bahagian dia.
Sebelum ini, Aisyah mendedahkan segala harta sepencarian bersama suami telah dipindah milik penuh kepada dirinya. Harta sepencarian yang dimaksudkan termasuklah pegangan perniagaan tudung, rumah, kereta dan aset-aset lain.