berita

[VIDEO] ‘Mahu Tercabut Jantung Diorang’ – Bodyguard Kelam-Kabut Lihat Agong Hampir Terjatuh Menari Magunatip

September 8th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

YDPA Hampir Jatuh Menari Magunatip

Beberapa hari yang lalu tular beberapa video memaparkan  Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang mencemar duli menyempurnakan Majlis Pelancaran Kembara Kenali Borneo serta Santapan Malam Bersama Masyarakat Tawau.

Selain menyantuni rakyat Sabah, Agong dan Permaisuri Agong dilihat begitu ‘sporting’ melakukan pelbagai aktiviti bersama rakyat di sana.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Agong, Permaisuri Agong Terharu Lihat Sambutan Luar Biasa Rakyat Sabah

Nak terjatuh menari Magunatip

YDPA Hampir Jatuh Menari Magunatip

Terbaharu, tular pula satu video memaparkan Seri Paduka Baginda menyertai tarian tradisional suku kaum di Sabah iaitu tarian Magunatip atau lebih dikenali sebagai tarian buluh.

Menerusi video dimuat naik @eyenmirlen, dapat dilihat Seri Paduka Baginda begitu seronok dan gembira ketika mengikut pergerakan yang diajar oleh guru tarian tersebut kepada baginda.

Namun, apa yang mendebarkan ialah Seri Paduka Baginda hampir terjatuh ketika fokus menari tarian tersebut sebelum dibantu oleh pengawal peribandi baginda.

Seri Paduka Baginda kemudiannya tersenyum sambi menunjukkan isyarat bahawa baginda berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

‘Mahu tercabut jantung’

YDPA Hampir Jatuh Menari Magunatip

YDPA Hampir Jatuh Menari Magunatip

YDPA Hampir Jatuh Menari Magunatip

YDPA Hampir Jatuh Menari Magunatip

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat Seri Paduka Baginda yang begitu ramah dalam menyantuni rakyat-rakyatnya.

Mereka juga memuji tindakan pantas pengawal peribadi Seri Paduka Baginda dalam memastikan keselamatan baginda terjamin.

Video

@ohbulanofficial Replying to @Khadija Tul Kubra Ku Bodyguard tengah standby je, nasib YDPA kita handal! ?#ohbulan #fyp #news #YDPA ? original sound – OHBULAN!

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×