berita

[VIDEO] Majikan Kongsi Momen Terakhir Bad Indigo Sebelum Meninggal Dunia – ‘Dia Sakit Perut & Muntah’

October 28th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di TikTok, majikan kepada penyanyi Bad Indigo berkongsi detik terakhir Allahyarham sebelum disahkan meninggal dunia pada petang Khamis lalu.

Artikel Berkaitan: Shah Indigo Tahu Arwah Bad Sakit Jantung Sejak 2015 – ‘4 Kali Dia Jatuh Depan Saya, Tapi Simpan Cerita Itu’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jenazah Bad Indigo Selamat Dikebumikan

Artikel Berkaitan: Ashira Aziz Menggigil & Hilang Kata Tahu Bad Indigo Meninggal – ‘Kami Dah Lama Tak Hubungi Selepas Cerai’

Mengadu sakit perut

Menurut Wan Ohar, arwah ada mengadu sakit perut selepas menikmati hidangan nasi lemak pada waktu pagi namun tidak menunjukkan sebarang tanda pelik yang lain.

Pagi semalam memang nampak sihat cuma dia kata sakit perut sebab makan nasi lemak. Bad memang jenis tak buang air besar dekat bengkel tapi sejak dua hari lepas dia masuk tandas dan kami semua terkejut. Bad cuma gelak cakap dia sakit perut.

Berkongsi lebih lanjut mengenai detik terakhir Bad, Wan memberitahu arwah mengalami muntah-muntah sebelum tidak sedarkan diri. Tambah Wan, arwah tidak memberi sebarang respon ketika mereka cuba untuk menyelamatkannya.

Pekerja beritahu Bad muntah-muntah, berlarilah kami tengok dia yang sudah ada dalam kereta. Waktu itu keadaan matanya seperti orang baru bangun tidur, kami panggil dan tepuk pipinya pun sudah tiada respon tapi lidah dia masih bergerak dan bernafas.

Menurut paramedik sudah lebih 15 minit oksigen tidak sampai ke otaknya dan memaklumkan arwah sudah meninggal dunia.

Di samping itu, Wan berkata Bad sudah dua kali mengalami hypoglycaemia atau kadar gula rendah dalam darah di bengkel yang menyebabkan dia menjadi lemah. Jelas Wan, mereka akan memberi air berkarbonat bagi membolehkan kadar gula dalam darahnya kembali meningkat dengan cepat. Bagaimanapun cubaan kali ini tidak berjaya menyedarkan arwah.

Saya sudah dua kali saksi dia terkena ‘hypo’, ubatnya bagi minuman air berkarbonat, tak sampai 15 saat dia akan okay. Semalam mungkin ramai panik, tengok dia pun berpeluh-peluh lain macam. Saya sempat beli air berkarbonat tapi dia dah tak boleh minum.

Video

@wanohar1

Minta maaf saya tak reply message semua orang….?? @wanohar

? original sound – wanohar – wanohar

Sumber: Wan Ohar

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×