berita

[VIDEO] Terakhir Arwah Bad Indigo ‘Kena Sentiasa Ingat Allah Ada Dengan Kita, Allah Tak Kejam’

October 27th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Industri seni dikejutkan dengan berita kehilangan seorang lagi penyanyi yang cukup berbakat iaitu Bad Indigo yang dilaporkan meninggal dunia, semalam.

Artikel Berkaitan: Bad Indigo Meninggal Dunia

Artikel Berkaitan: Ashira Aziz Menggigil & Hilang Kata Tahu Bad Indigo Meninggal – ‘Kami Dah Lama Tak Hubungi Selepas Cerai’

Allah ada

Menerusi pemerhatian OhBulan! di Instagram, arwah sempat menitipkan nasihat terakhir buat peminat dan masyarakat agar sentiasa ingat bahawa Allah sentiasa ada bersama kita. Bukan itu sahaja, arwah berpesan agar jangan putus asa meskipun pelbagai ujian datang melanda.

Harap semua orang sihat. Apa sahaja yang anda sedang lalui ataupun apa sahaja yang menimpa anda, yang paling penting sekali jangan putus asa. Kena sentiasa ingat Allah ada dengan kita. Allah tak kejam kan. InsyaAllah, buka pintu hati tengok banyak lagi kebaikan yang ada.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih sebaik sahaja melihat video terakhir arwah. Mereka mendoakan agar arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Sekadar info, Allahyarham dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung ketika di tempat kerja.

Video

Sumber: Bad Indigo

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×