Banjir kilat yang melanda negara baru-baru ini telah mengakibatkan banyak kawasan terjejas terutamanya bagi penduduk di Selangor. Bukan itu sahaja, banyak aktiviti turut tergendala berikutan dengan bencana alam yang berlaku.
Agih lauk kenduri kepada mangsa banjir
Foto: Facebook Ahmad Firdaus Misnan
Baru-baru ini viral satu video di media sosial memaparkan pasangan pengantin terpaksa membatalkan majlis perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung di Grand Gerbang Hall Meru, Klang. Berikutan dengan bencana alam yang berlaku, pihak pengantin mengambil inisiatif dengan mengagihkan lauk kenduri mereka kepada mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara SMK Meru, Klang.
Menerusi video dan gambar yang dikongsikan kelihatan orang ramai sedang beratur mengambil juadah yang disumbangkan. Tindakan murni yang dilakukan telah mendapat pujian ramai. Rata-rata daripada netizen mengucapkan jutaan terima kasih atas keprihatinan mereka menyalurkan sumbangan. Tidak kurang juga ramai yang mendoakan agar pasangan ini dimurahkan rezeki dan diberi kebahagiaan dunia akhirat kerana telah memulakan sebuah perkahwinan dengan melakukan perkara baik.
Semoga dimurahkan rezeki
@erinereneMkn lauk kenduri majlis dibatalkan. Mkn dkt pusat memindahan banjir Meru, klang. Tq katering GGH #banjir #banjirklang #merubanjir #mangsabanjir? PENANTIAN ARMADA – sadvibes?
Respon netizen
Sumber: Ahmad Firdaus Misnan, Erinerene