Asmah Mohd Ali atau lebih mesra disapa Mak Semah menitipkan pesanan untuk para mentua agar menjadi contoh yang terbaik kepada menantu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Betty Rahmad ‘Mengadu’ Erma Fatima Nak Rampas Fattah Amin Dari Amira Othman, Respon Mak Semah Bikin Netizen Terhibur
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Terliur Tengok Mak Semah Buat Popia Basah, Siti Nurhaliza Mintak Hantar Sikit – ‘Datuk K Nak’
Jadi contoh kepada menantu
@pamaksemah Nasihat Cik Semah pagi2…????#LIVEhighlights #TikTokLIVE #LIVE #sembangciksemah #?? ? Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
Menerusi klip potongan siaran langsung di TikTok, ibu kepada pengarah dan penerbit, Erma Fatima iaitu Mak Semah dilihat bersama menantunya sambil menjamu selera.
Hubungan saya dengan menantu macam kawan-kawan.
Saya tidak anggap dia macam menantu.
Kalau kita nak menantu hormat kita, kita kena jadi contoh.
Kita kena tunjukkan keikhlasan pada menantu.
Baru dia sayang kita.
Dalam pada itu, Mak Semah meluahkan sayang kepada kesemua menantunya kerana telah berkorban melahirkan cucu-cucunya.
Sayang menantu
Berkongsi lebih lanjut, Mak Semah berkata, dia tidak membenarkan menantunya untuk masak di dapur.
Menurutnya, menantu sudah penat bekerja dan enggan menambah beban mereka.
Kalau cuti, saya biarkan menantu buat apa saja.
Tak perlu masak, saya akan masak dan saya ada pembantu rumah.
Menantu kita kerja penat.
Saya memang sayang menantu saya.
Sumber: TikTok @pamaksemah