Penyanyi dan komposer Aina Abdul mendedahkan ibunya pernah menghalang dia menjadi seorang penyanyi.
Artikel Berkaitan: #SFMM38: Aina Abdul Menang Besar! ‘Jangan Mati Rasa Itu’ Diumumkan Lagu Terbaik & Lagu Pilihan Penaja
Artikel Berkaitan: #SFMM38: ‘Saya Kurang Sihat’ – Aina Abdul
Kerja bidang pendidikan
Menerusi temu bual eksklusif bersama program Show Dalam Bilik, Aina berkata ibunya yang juga seorang guru mahukan dia be
kerja dalam bidang berkaitan pendidikan.
Mak saya ketika di awal saya mula menyanyi, dia marah. Mak tidak bersetuju dan paling tak suka saya jadi penyanyi.
Kerana mak saya seorang guru, jadi ‘mindset’ dia semua anak-anak perlu berada dalam bidang pendidikan. Berlatar belakang ‘education’.
Saya seorang sahaja antara adik beradik yang minat bidang muzik, mak saya tak minat sangat.
Bagaimanapun kata Aina, ibunya mula memberikan sokongan terhadap minatnya dalam bidang nyanyian selepas pemergian bapa tercinta ketika usianya 15 tahun.
Tetapi sejak arwah ayah saya meninggal dunia, mak berubah 360 darjah. Dia ambil keputusan untuk sokong anak perempuanya ini.
Saya kehilangan arwah ayah ketika umur saya 15 tahun, sewaktu saya berada di tingkatan 3. Selepas ayah pergi, saya jadi hilang arah dan ‘lost’.
Selama ayah ada, dia yang bawa saya pergi menyanyi di kenduri kahwin dan sebagainya.
Mungkin mak tidak sampai hati lihat keadaan saya sedih, dia galas tanggungjawab ayah. Mak paksa saya masuk semua pertandingan.
Ingin tahu lagi apa pendedahan secara eksklusif bersama Aina Abdul? Jom saksikan video penuh Show Dalam Bilik bersama hos Amat Larbsib di Youtube rasmi OhBulan!
Dalam perkembangan terkini, Aina berjaya layak ke Anugerah Juara Lagu 38 (AJL 38) menerusi lagu Jangan Mati Rasa Itu.
Video
@showdalambilik Replying to @roshayati awang Kisah bagaimana @Aina Abdul boleh dapat ‘restu’ daripada ibunya #fyp #ainabdul ? Terus Hidup – aina abdul & Aina Abdul