Seorang lelaki yang dikenali sebagai Bang Jad berkongsi sebuah video di mana dia ternampak seorang pengawal keselamatan warga asing ingin membeli nasi campur di sebuah restoran.
Lebih menyedihkan, pengawal keselamatan tersebut hanya mempunyai RM5 sahaja di tangan.
Nasi dan kuah
Memandangkan harga makanan sekarang semakin naik, memang tidak logik untuk seseorang individu mendapatkan satu hidangan lengkap. Ujar Bang Jad, pengawal itu hanya membungkus nasi kosong dan kuah sahaja pada waktu tersebut. Sedih melihat situasi berkenaan, Bang Jad berkata dia berbesar hati untuk belanja pengawal keselamatan tersebut.
Ternampak guard ni ada RM5 sahaja. Makan apa je RM5. Nasi dan kuah je? Jadi Bang Jad tergerak hati nak tolong guard ni. Betul-betul ada RM5 sahaja. Sejuk hati dapat nasi ayam dan lauk campur. Gembira muka dia selepas dapat nasi. Harap pertolongan ini dapat kenyangkan perut guard malam ini.
Tambah Bang Jad, pengawal tersebut kelihatan sangat gembira selepas mendapat bungkusan makanan yang mempunyai lauk ayam.
Di ruangan komen, rata-rata netizen memberi pujian buat Bang Jad kerana sudi berkongsi rezeki dengan orang lain. Tambah netizen, sikap Bang Jad itu wajar dijadikan contoh buat semua.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Kongsi Viral