Penyanyi jelita, Adira Suhaimi mencuri perhatian apabila memberi bayangan mahu bernikah semula dengan bekas suaminya, Datuk Red.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Selagi Janda Saya Tak Kahwin, Saya Takkan Kahwin’ – Datuk Red Dalam ‘Mode Standby’
‘Malas nak bercinta’
@putehhhx #abgred #datored #adirasuhaimi #adirasuhaimireal #abgredadira #datoredadira #adirasuhaimiabgred #adirasuhaimidatukred ? original sound – putehhhx
Menerusi potongan video yang dimuat naik @putehhhx di TikTok, Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi berkata dia sudah tidak mahu bermain cinta bersama lelaki lain kerana beranggapan perkara itu akan menghabiskan masa dan juga duit.
Kita dah tak nak kahwin lagi dah, kalau kahwin pun kita nak kahwin dengan awak ja. Walaupun kena rujuk ke apa ke tapi lama-lama sikitlah.
Kita nak kahwin dengan awak ja nanti sebab saya malas dah lah nak bercinta. Ingat bercinta ini tak buang duit ke?
Nak kena berkenalan, nak tahu suka makan apa, kena pula bagitahu macam-macam pasal diri kita.
Selepas itu, bila tahu saya ada anak empat orang, terus tak jadi.
Adira memaklumkan perkara tersebut ketika melakukan sesi siaran langsung di TikTok bersama Datuk Red, baru-baru ini.
Ketika ditanya Datuk Red mengapa lama lagi mahu bernikah semula, pelantun lagu ‘Ku Ada Kamu’ ini menjelaskan bahawa dia enggan mengganggu-gugat populariti bekas suaminya itu yang ketika ini sedang meningkat naik di media sosial.
Tak adalah, awak pun sedang meningkat naik ketika ini.
Lagi pun kita kat sini aja, tak ada pergi mana-mana pun. Sibuk pun cari duit, balik kerja terus pulang rumah.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa tumpang gembira mendengar kata-kata Adira dan mendoakan agar rumah tangga mereka dapat disatukan semula.
Sekadar info, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun.
Walau bagaimanapun, perkahwinan mereka itu tidak berkekalan selepas mereka sah bercerai dengan talak satu pada 23 April lalu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, Selangor.
Komen netizen
Sumber: TikTok putehhhx