Usahawan dan ibu kepada selebriti Neelofa iaitu Datin Noor Kartini menitipkan ucapan ulang tahun kelahiran buat anaknya, Noor Nabila Mohd Noor.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ibu Neelofa Terima 100 Kuntum Bunga & ‘Surprise Trip’ Ke Maldives Daripada Suami
Artikel Berkaitan: ‘Selamat Hari Jadi Noor Nabila, Terima Kasih Jadi Pasangan Co-Parenting & Sahabat Terbaik’ – Sharnaaz Ahmad
Doa & ucapan
@noorkartini66 Dengan terbentang luas 7 lapis langit dan 7 lapis bumi dengan iringan para malaikat menyambut doa keramat dari seorang ibu yg dengan janji Allah doa yg tiada hijab, doa ijabah sebagai seorang IBU tanggung jawab mama mendoakan yg terbaik untuk nabila dan seluruh keturunan moga sentiasa dlm pandangan rahmat Allah, diselimuti nur kasih Allah , diberkati setiap langkah perjalanan kehidupan diangkat darjat dan martabat dengan umur yg panjang lagi barokah , kesehatan yg sejahtera dgn keafiyatan dan rezeki yg melimpah ruah, yang mudah, yang tidak memenatkan yang barokah dan sentiasa dlm redha Allah .. Semoga anak keturunan nabila menjadi keturunan yg soleh , beriman, baik dan menjaga nama baik keturunan dan maruah keturunan dan berjaya dan bahagia dunia akhirat, setiap doa2 nabila yg baik2 dan yg dlm jagaan Allah diqabulkan Allah tanpa tangguh dan mama doakan Allah kirimkan seorang suami yg dapat membahagiakan nabila dan jayden selama lama nya sehingga ke syurga…amiin Allahumma amiin. Love you sayang ??
Menerusi hantaran di TikTok, Noor Kartini memuat naik video momen bersama Nabila ketika sambutan ulang tahun kelahirannya.
Pada ruangan kapsyen, Noor Kartini menulis coretan dan doa buat anak perempuannya itu agar dia dilimpahi dengan kebaikan.
Dengan terbentang luas tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi, dengan iringan para malaikat menyambut doa keramat dari seorang ibu, dengan janji Allah doa yang tiada hijab.
Doa ijabah sebagai seorang ibu, tanggungjawab mama mendoakan yang terbaik untuk Nabila dan seluruh keturunan.
Moga sentiasa dalam pandangan rahmat Allah, diselimuti nur kasih Allah, diberkati setiap langkah perjalanan kehidupan, diangkat darjat dan martabat dengan umur yang panjang lagi berkat. Kesihatan yang sejahtera dengan keafiyatan dan rezeki yang melimpah ruah, yang mudah, yang tidak memenatkan, yang berkat dan sentiasa dalam redha Allah.
Dalam pada itu, sebagai seorang ibu, usahawan berusia 57 tahun tersebut turut meluahkan hasrat dan berdoa agar Nabila dikurniakan suami yang dapat memberinya kebahagiaan.
Semoga anak keturunan Nabila menjadi keturunan yang soleh, beriman, baik, menjaga nama baik keturunan dan maruah keturunan, berjaya dan bahagia dunia akhirat.
Setiap doa-doa Nabila yang baik-baik dan yang dalam jagaan Allah dikabulkan Allah tanpa tangguh.
Mama doakan Allah kirimkan seorang suami yang dapat membahagiakan Nabila dan Jayden selama lamanya sehingga ke syurga. Amin. Love you sayang.
Sumber: TikTok Noor Kartini