Menerusi temu bual bersama Melodi, ibu kepada pelakon Nelissa Nizam iaitu Ayu Manaf tampil menyangkal pendedahan yang dilakukan oleh aktres tersebut mengenai kisah remajanya yang pernah menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Pengarah Pernah Campak Skrip Dekat Muka Saya Di Awal Kemunculan’ – Nelissa Nizam Fikir Positif, Jangan Jadi Pelakon Manja
Hubungan renggang
Menurut Ayu, dia terpaksa tampil menjelaskan perkara sebenar berikutan menerima banyak pertanyaan daripada kenalan dan orang ramai.
Kenyataan yang mengatakan dia didera sejak umur 6 tahun itu memang tidak benar langsung. Tak ada sebarang kes penderaan yang berlaku sampailah dia dewasa. Sebenarnya yang didera itu saya, dipukul dan disepak terajang. Sebagai anak memang dia trauma melihat ibu diperlakukan seperti itu.
Tambah Ayu, hubungannya dengan anak-anak juga renggang selepas dia mendirikan rumah tangga semula. Berbicara lebih lanjut, Ayu mendakwa anak-anak sudah tidak mempedulikan dirinya selepas dia berkahwin dan tidak lagi bekerja.
Hubungan saya dan anak-anak tidak berapa baik tetapi saya tidak tahu apa puncanya. Mungkin disebabkan saya kahwin baru jadi anak-anak tak suka dan mereka tak pedulikan saya. Saya sendiri terfikir kenapa anak-anak saya macam ini? Apa salah saya? Mungkin sejak saya sakit, saya tak bekerja dan susah.
Kalau ada salah saya beritahu, kenapa membuatkan anak-anak menjauhi saya. Kita ini sebagai ibu sudah tentu mahu anak-anak ada bersama.
Sebagai ibu, Ayu mengakui dia agak terkilan apabila anak-anak tidak datang melawat semasa dia dimasukkan ke hospital.
Bila hubungan dah jadi begitu, anak-anak sudah senang sekarang mereka biarkan mak begitu sahaja. Saya agak ralat juga.
Semua ibu sayang anak-anaknya. Kita ini sanggup buat apa sahaja untuk anak. Kita tak minta balasan tetapi berharap satu hari nanti kita boleh harapkan anak-anak kita.
Saya ini sudah seperti mengemis, mengemis kasih sayang dan kesenangan. Saya masuk hospital setidaknya anak-anak tanya khabar sebab kita sakit.
Di akhir temu bual, Ayu meluahkan rasa sedih apabila Nelissa memberikan respons yang kurang baik sewaktu dihubungi.
Kali terakhir saya bercakap dengan dia memang sangat menyedihkan. Ayat-ayat dia saya takkan lupa. ‘Don’t treat me like a banker’. Dengan siapa lagi kalau kita susah nak minta tolong kalau bukan dengan anak-anak. Tak mengap saya tak marah, cuma mama doakan satu hari nanti korang akan ada suami dan anak-anak, korang akan tahulah kehidupan ini macam mana.
Video
Sumber: Melodi