berita

[VIDEO] ‘Mamu Lawan Dengan ‘Scalper’, Alhamdulillah Mamu Menang!’

September 7th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Semalam, aktor terkenal Sharnaaz Ahmad meluahkan rasa kecewa terhadap sistem bidaan nombor plat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) iaitu JPJeBid.

Artikel Berkaitan: ‘Hello’ Sharnaaz Buka Cawangan Kelima, Hadiah Istimewa Sempena ‘Birthday’ Ke-38

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sharnaaz & Nabila Sambut ‘Birthday’ Jebat Jayden Bersama, Mata Netizen ‘Meliar’ Cari Engku Emran

Terbaru, luahan yang disuarakan oleh Sharnaaz itu membawa hikmah apabila dia berjaya memenangi bidaan nombor plat yang diingininya. Tahniah!

Tunjuk bukti menang bidaan

Di Instagram, Sharnaaz atau Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 38, berkata, kemenangan itu turut membuktikan dia berjaya melawan scalper iaitu pihak yang membeli nombor secara pukul dan menjual semula dengan harga lebih tinggi.

Seperti yang dijanjikan saya telah mendapat keputusan. Alhamdulillah, kita memang. Saya dah dapat. Mamu menang. Syukur berjaya walaupun tak mandi. Hari ini saya buktikan sebenarnya saya menang lawan scalper. Alhamdulillah, berkat doa semua semalam yang tengok live Mamu, kita fight sama-sama.

Di samping itu, pelakon filem ‘Juvana’ itu turut meluahkan rasa tidak puas hati terhadap golongan scalper yang menjual nombor plat bidaan sehingga mengaut keuntungan yang tidak masuk akal.

Saya tidak boleh terima lagi benda kecil ini. Nombor plat M**M hampir RM50,000. Aku berani jamin, paling tinggi dia bida RM20,000 sahaja. Dia untung RM30,000.

Mungkin dia nak cari makan. Kita faham semua manusia cari makan tapi orang kata berpada-padalah. Kita bukan nak cari gaduh dengan scalper atau JPJ. Kita cuma mahu keadilan.

Video

“>”>Sharnaaz Ahmad

SKIP THIS AD ×