berita

‘Hello’ Sharnaaz Buka Cawangan Kelima, Hadiah Istimewa Sempena ‘Birthday’ Ke-38

September 4th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

sharnaaz hello

Pelakon Sharnaaz Ahmad gembira menerima hadiah istimewa sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-38 di Melaka, pada Sabtu lalu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sharnaaz & Nabila Sambut ‘Birthday’ Jebat Jayden Bersama, Mata Netizen ‘Meliar’ Cari Engku Emran

Hadiah ‘birthday’

Sharnaaz Public 1

Ketika ditemui OhBulan!, Sharnaaz sebagai rakan jenama Hello, meluahkan rasa bangga dan teruja apabila jenama aiskrim berasaskan yogurt tanpa gula ‘bergerak pantas’ sudah membuka cawangan kelima di Mahkota Parade, Melaka.

Tak sangka Hello melangkah sepantas ini. Dalam tempoh beberapa bulan saja Hello sudah mempunyai lima cawangan dan Hello bakal membuka 80 cawangan lagi di Malaysia dan Indonesia.

Cawangan keenam saya bakal dibuka dalam masa terdekat. Lokasinya sangat dekat di hati saya.

Pembukaan Hello di Mahkota Parade ini juga merupakan hadiah istimewa sempena ulang tahun kelahiran yang ke-38 pada 30 Ogos lalu.

Saya sangat terharu dengan sokongan padu rakyat Malaysia yang sentiasa menantikan Hello dibuka di negeri kelahiran mereka. Insya-Allah, Hello akan menembusi di seluruh pelusuk negeri di Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak serta Indonesia.

Sejak diperkenalkan secara rasmi pada Jun tahun ini, Hello berjaya mencipta satu fenomena baharu apabila menawarkan frozen yogurt yang menyihatkan, lazat, dan yang penting dengan harga yang berpatutan.

Tebus pasaran luar negara

Aliza Ali, Sharnaaz

Sementara itu, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Hello, Aliza Ali, selepas membuka lima cawangan, Hello kini dalam fasa menembusi pasaran di Malaysia dan Indonesia gara-gara menerima permintaan tinggi daripada pelanggan.

Kata Aliza, matlamat Hello untuk menjadi jenama francais frozen yogurt Malaysia pertama yang menembusi pasaran antarabangsa sekaligus menjadi jenama frozen yogurt nombor satu di dunia.

Kami menerima maklum balas yang begitu positif daripada pelanggan dari seluruh negara yang menginginkan cawangan Hello dibuka segera di lokasi mereka. Malah ada yang sanggup turun ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan Hello.

Justeru kami sedang giat mencari lokasi lain di seluruh Malaysia dan Indonesia untuk membuka cawangan seterusnya. Kami yakin Hello akan menjadi jenama aiskrim berasaskan yogurt nombor satu dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, kata Aliza lagi, Hello menyasarkan untuk membuka 80 cawangan di Malaysia dan Indonesia sekaligus membuka 800 peluang pekerjaan baru.

Kami juga membuka peluang kepada orang ramai yang bercita-cita memulakan perniagaan Hello terutama golongan wanita dan belia yang mahu menjadi usahawan.

Sebagai individu yang sudah berkecimpung dalam industri makanan dan minuman (F&B) hampir 15 tahun, ini bukanlah benda baharu bagi ahli perniagaan terkenal ini.

SKIP THIS AD ×