![[VIDEO] ‘Mana Ada Friendzone, Takkanlah Friendzone Sampai Pergi Teman Di Mahkamah..Dah Banyak Sangat Hint Ni’ – Didi Astillah](https://media.ohbulan.com/2025/03/didididii-1.jpg)

Adik kepada pelakon Bella Astillah iaitu Didi Astillah seakan memberi bayangan mengenai hubungan kakaknya itu dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Puteri Sarah Hantar ‘Bodyguard’ Jaga Bella Astillah Di Mahkamah, Netizen Berterima Kasih Kerana Jadi Sahabat Yang Baik
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Syed Saddiq Sanggup Naik Gunung & Turun Laut Demi Rakyat, Tak Ambil Duit Atau Bayaran’
‘Mana ada friendzone lah korang’
@sallymeon69 #trend #fujitrend #ubatgigi #zaitun #valuepack ? suara asli – ???? ft ?? – ?ptranofps
Dalam satu sesi siaran langsung yang kemudiannya dikongsikan semula di TikTok, Didi atau nama lengkapnya Dayang Nazilah Awang Astillah, 29, seakan menepis dakwaan bahawa Bella dan Syed Saddiq hanya sekadar kawan.
Mana ada friendzone lah korang. Takkanlah friendzone macam tu. Takkan sebab Kak Bella friendzone, dia sanggup teman ke mahkamah, malah boleh ‘kena culik’ selepas prosiding di mahkamah hari tu. Apa lah korang ni, tu pun tak tahu.
Didi turut menambah bahawa banyak ‘hint’ telah diberikan mengenai hubungan mereka berdua.
Korang nak apa lagi?dah banyak sangat hint ni.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen seakan dapat ‘menghidu’ bayangan yang diberikan Didi dan percaya mungkin benar Bella dan Syed Saddiq kini berada di fasa bahagia.
Didi ni mcam nak beritahu tapi dalam masa yang sama nak simpan rahsia.
Bella tak nak isu peribadi diorang overshdow liputan kes YB.
Doa yang baik-baik je korang.
Kena faham, Bella kena jaga hati banyak pihak.
Saya tahu diorang bercinta, mata diorang tak boleh tipu. Yb bukan pelakon, Bella pelakon tapi tak mampu sembunyikan rasa cinta.
Sebelum ini, kehadiran Bella di Mahkamah Rayuan Putrajaya bagi memberi sokongan kepada Syed Saddiq menjadi perhatian ramai.
Malah, hubungan mereka sering menjadi bualan netizen yang mendakwa wujudnya ‘sesuatu’ antara mereka. Namun, kedua-duanya masih belum mengesahkan status sebenar hubungan mereka.
Sumber: TikTok








