berita

[VIDEO] ‘Mana Datang Menghina Agama?‘ – Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Lagu ‘Alamak Raya Lagi’

March 30th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Zhiddin Aziz

Pempengaruh media sosial, Zhiddin Aziz memberi pandangan berhubung lirik lagu nyanyian kumpulan De Fam berjudul ‘Alamak Raya Lagi!’ yang didakwa mempunyai unsur menghina agama Islam.

Artikel Berkaitan: ‘Apa Mesej Yang Mereka Nak Sampaikan? Sepatutnya Alhamdulillah, Bukan Alamak Raya Lagi!’ – Cheb Ali

Artikel Berkaitan: PU Amin Jawab Isu Haram Pakai Baju Warna ‘Brick Orange’ – ‘Nabi Pun Pernah Pakai Baju Warna Merah’

Pinjaman bahasa Arab

Zhiddin Aziz

Menerusi perkongsian di TikTok, Zhiddin berkata perkataan ‘alamak’ berdiri di atas rangkai kata ‘alah mak’ seperti mana yang dinyatakan dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi ke-4.

Malah, Zhiddin menyatakan dia tidak melihat perkataan tersebut telah menghina agama sebaliknya mengingatkannya kepada Allah.

Mana datang menghina agama? Isu dia perkataan ‘Alamak’. Saya percaya ada kata di sebalik kata. Apabila mendengar lagu itu, tidak rasa pun ia menghina agama. Sebaliknya mengingatkan saya kepada sang pencipta (Allah).

Kalau ikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi ke-4, ‘alamak’ itu berdiri di atas rangkai kata ‘alah mak’.

Dalam hantaran sama, anak kepada pengacara Arwah Aziz Desa itu berkata perkataan ‘alamak’ merupakan kata pinjam dari bahasa Arab iaitu ‘Allah Ma’ak’ yang membawa maksud Allah bersama kamu.

Jika ikut karya Amat Juhari gandingan Mohd Saophy dalam buku ‘Perubahan Bunyi dan Makna’ menceritakan tentang kosa kata, fonem, morfem yang diserap berlaku perubahan kata.

Antara yang dirincikan kata ‘alah mak’. Perkataan ini sebenarnya merupakan bahasa pinjam daripada bahasa Arab yang berbunyi Allah Ma’ak yang beerti Allah bersama kamu.

Maka ketika mendengar lagu itu yang saya nampak liriknya sebut ‘rendang hangus, alamak!’, tenang Allah bersama kamu. ‘baju raya tak beli lagi, alamak!’, tenang Allah bersama kamu.

Video

@zhiddinazizz? original sound – zhiddinaziz


Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×