Ini memang kerja gila. Kalau bagi kami satu juta pun kami tak sanggup untuk melakukan lagak ngeri ni. Nyawa bukannya boleh ditukar ganti.
Sebaliknya, seorang lelaki Amerika Syarikat, Paul Rosolie boleh dikategorikan sebagai orang paling gila di dunia apabila dia merakamkan aksinya ditelan hidup-hidup seekor ular Anaconda.
Disiarkan menerusi Discovery Channel, Rosolie dan 10 orang pembantunya mengesan ular anaconda sepanjang enam meter di Sungai Amazon.
Rosolie yang berpakaian sut hitam serta dilumur dengan darah khinzir meredah kawasan itu sambil dirakam kamera dan disaksikan isterinya, Gowri.
Kemudian, seekor anaconda betina mula melilit badan dan membaham sebahagian kepalanya. Namun, dia segera mengarahkan rakan, doktor dan pakar veterinar menyelamatkannya apabila merasakan tangannya seakan-akan mahu patah akibat dibelit ular anaconda tersebut.
Sumber: Agensi
https://www.youtube.com/watch?v=EmpyrN2W5us
https://www.youtube.com/watch?v=ua_ksNzN7-o#t=265