berita

[VIDEO] Mariah Carey Kongsi Pengalaman Teruja & Gementar Terima Suntikan Pertama Vaksin Covid-19

April 5th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Instagram, penyanyi popular, Mariah Carey memuat naik satu video yang menunjukkan dirinya sudah menerima suntikan pertama vaksin Covid-19.

Teruja dan gementar

Menerusi video berdurasi 1:29 saat, Mariah Carey berkongsi pengalamannya ketika menjalani prosedur mengambil vaksin. Ujar Mariah, dia teruja namun pada masa yang sama dia turut gementar sambil melihat petugas barisan hadapan menyediakan alat untuk suntikan tersebut.

Mereka sedang menjelaskan kepada saya. Rasa teruja dan gementar sedikit untuk mendapatkan suntikan ini. Ini mungkin menggangu mereka daripada melakukan tugas-tugas mereka tetapi kamu pun tahu, saya akan bercakap dan tidak mahu memikirkannya sangat.

Mariah juga kelihatan gelisah dan menjerit semasa menerima suntikan tersebut. Petugas kesihatan juga cuba untuk menenangkannya.

Kesan sampingan G6

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mariah Carey (@mariahcarey)

Sambil berseloroh, Mariah Carey turut memberitahu bahawa dia menghadapi kesan sampingan G6 selepas menerima vaksin tersebut. Jelasnya, G6 merujuk kepada kod muzik yang tinggi dalam julat vokal seseorang penyanyi. Kod G6 merupakan notasi muzik yang sinonim dengan dirinya sepanjang kariernya sebagai penyanyi.

Kita masih dalam ‘perang’ melawan virus ini. Saya mengharapkan korang semua mampu melakukannya.

Di akhir video tersebut, Mariah Carey turut berpesan kepada orang ramai agar terus berjuang menentang pandemik yang sedang melanda ini.

Sumber: Mariah Carey

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×