berita

[VIDEO] Marshanda Rancak ‘Berjoget’ Atasi Penyakit Bipolar, Netizen Kata Lebih Baik Solat & Zikir – ‘Pelajari Agama’

June 15th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Pelakon terkenal Indonesia iaitu Andriani Marshanda sering memberi pendedahan mengenai masalah bipolar yang dihidapinya. Dia juga pernah menjalani beberapa terapi dengan pakar perubatan berhubung penyakitnya itu.

Joget atas bipolar

Namun baru-baru ini, pelakon berusia 32 tahun ini ada berkongsi cara baharu untuk mengatasi penyakit bipolar yang dihidapinya. Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, memaparkan Marshanda sedang melakukan intuitive dance. Untuk cara tersebut, Marshanda bebas menari dengan pelbagai gerakan asalkan dapat memberikannya ketenangan dan meluahkan emosi.

Pelakon cantik jelita ini membuat gerakan dengan iringan lagu Hitchin’ A Ride yang dipopularkan oleh Green Day dan lagu Mirror oleh Justin Timberlake.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi pendapat bahawa mereka turut melakukan perkara sama ketika sedang tertekan. Namun ada segelintir netizen berpendapat alangkah baiknya jika Marshanda bersolat, berdoa dan berzikir untuk mengurangkan ‘tekanan’ daripada berjoget seumpama itu yang langsung tidak mendatangkan faedah.

Bagaimanapun, ada di antara netizen membela Marshanda dan menganggap dia berhak melakukan apa sahaja yang mampu memberikan ketenangan kepadanya.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MARSHANDA (@marshanda99)

Respon netizen

Sumber: Liputan6, Marshanda

SKIP THIS AD ×