Sepotong video memperlihatkan pelakon dan pempengaruh Maryam Younarae, memarahi anaknya, Rina Diana supaya tidak membazir membeli patung permainan telah menuai pelbagai reaksi wargamaya.
Artikel Berkaitan: ‘Apa Sahaja Kempen Yang Diterima, Saya & Suami Akan Semak Dahulu Jenama Itu Diboikot Atau Tidak’ – Maryam Younaree
Artikel Berkaitan: Pergi Makkah Balik Hari Dipersoal, Ryzal Ibrahim Sifatkan Netizen Jahil Pengetahuan Agama
Didik jangan membazir
Menerusi perkongsian di Instagram, Rina dilihat sedang menangis di hadapan sebuah kedai kerana mahu membeli satu lagi anak patung, namun dihalang oleh ibunya.
Dalam klip tersebut, Maryam berkata, Rina hanya dibenarkan membeli satu barang sahaja dalam masa sehari.
Kata isteri kepada Ryzal Ibrahim, itu adalah cara dia mendidik anaknya supaya tidak membazir wang membeli perkara yang tidak bermanfaat.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya memuji cara Maryam mendidik anaknya biarpun ada air mata yang mengalir.
Kongsi warganet, Maryam dan suami sememangnya mampu untuk membelikan apa sahaja untuk anaknya, namun tindakan itu adalah sebahagian daripada pelajaran hidup.
Sekadar info, Maryam dan Ryzal mendirikan rumah tangga pada 17 Ogos 2019 dan hasil perkahwinan dikurniakan cahaya mata perempuan, Rina Diana yang kini berusia dua tahun.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Instagram