Baru-baru ini, penyanyi Mas Idayu menerima pelbagai kecaman dan hentaman hebat daripada netizen berikutan nyanyiannya di pentas akhir Famili Duo 4 didakwa ‘miming’.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Boleh Menyanyi Pelbagai Jenis Lagu, Why Not Cuba Air Tangan Ajai Pula’ – Mas Idayu
Artikel Berkaitan: Mas Idayu Lancar Lagu ‘Harum Mekar Di Hati’, Tak Kisah Nyanyian Dinilai – ‘Saya Masih Boleh Menyanyi’
Tak baca komen
@hotfm976_ Hiraukan je orang yang suka mengecam kita. Diorang buat macam diorang tak pernah buat salah. Padahal diri sendiri pun tak sempurna. Petang ni penyanyi, Mummy @Mas Idayu Mesnun datang lepak dengan Hot Squad, borak pasal lagu terbaru, Harum Mekar Di Hati. @Fizi Ali @ItsAishaa #HotFM #HotSquad #YangHangatDanTerbaik #RadioNo1 #KJjadiDJ #masidayu ? original sound – Hot FM
Menerusi sesi temu bual di stesen radio Hot FM, Mas Idayu atau nama lengkapnya Masidayu Mesnun dilihat menjawab pertanyaan penyampai radio mengenai cara mengatasi komen-komen negatif.
Ujarnya, dia bukan jenis yang membaca komen.
Saya bukan jenis orang yang membaca.
Tapi selalunya peminat Mummy yang akan hantar pada Mummy.
Berkongsi lebih lanjut, pelantun lagu ‘Harum Mekar Di Hati’ itu sempat menitip pesanan buat para peminat agar tidak melayan herdikan yang dilontarkan.
Kalau betul peminat saya, kita good-good heart.
Jangan balas apa pun.
Sebab mereka ini kesian tiada kerja dan memang kerja mereka untuk kutuk orang.
Sumber: TikTok Hot FM, Instagram masidayu1001