Sejak mendirikan rumah tangga pada Jumaat lalu, setiap perkongsian yang dimuat naik pelawak Shuib dan isteri, Watie Hanifiah pastinya menarik perhatian netizen.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Watie Fokus Besarkan Anak-Anak Shuib, Belum Rancang Zuriat Sendiri
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Rasa Kena ‘Gula-Gula’ Lihat Foto Bersentuhan Shuib & Watie – ‘Waktu Ini Belum Nikah Kan’
Main golf
Terbaharu, menerusi muat naik di Instagram, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, 38, berkongsi momen dia dan Watie pergi bermain golf.
Menurut Shuib, itu merupakan pertama kali dia pergi bermain golf dengan ditemani isterinya.
Buat pertama kali.
Difahamkan, pasangan itu pergi bermain golf di lokasi mereka berbulan madu iaitu di Langkawi.
Dalam pada itu, ayah kepada empat cahaya mata turut menggunakan lagu berjudul Cinta Pandang Pertama nyanyian Reedwann sebagai muzik latar.
‘Tak pernah’
Sementara itu, ibu kepada Shuib, Salamiah Jalani dilihat sempat meninggalkan komen di ruangan balas.
Menurut Salamiah, itu merupakan pertama kali anaknya pergi bermain golf bersama Watie selepas mereka sah sebagai suami isteri.
Ya, mama tahu masa arwah (Siti Sarah) masih ada belum pernah sekali pun manja (panggilan Watie) main golf dengan Shuib. Inilah baru nampak selepas sah menjadi isteri.
Komen berkenaan ditinggalkan Salamiah dipercayai untuk menjawab dakwaan netizen yang mengatakan pasangan itu pernah bermain golf bersama sewaktu isteri pertama Shuib iaitu penyanyi arwah Siti Sarah masih hidup.
Terdahulu, Shuib dan Watie selamat bergelar suami isteri dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan di Putra Glass House, Shah Alam, 23 Jun lalu.
Untuk rekod, Shuib pernah mendirikan rumah tangga denga Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.
Namun, Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.
Sumber: Instagram