Pada Jumaat lalu, pelawak dan penyampai radio terkenal, Shuib telah selamat bergelar suami kepada pilihan hatinya, Watie Hanifiah.
Artikel Berkaitan: Watie Dedah Masa Bercinta Tak Pernah Keluar Berdua, Sifatkan Shuib ‘Suami Kiriman Tuhan’
Artikel Berkaitan: ‘Bangun Pagi Know Know Dah Ada Suami’ – Watie Hanifiah
Majlis akad nikah yang diadakan di Putra Glass Hall, Shah Alam itu berlangsung dengan meriah dengan kehadiran keluarga, sahabat dan rakan selebriti.
Photoshoot
Difahamkan juga, pasangan itu telah mendapat tajaan sebuah jenama barangan kemas untuk majlis pernikahan mereka.
Bagaimanapun, baru-baru ini tindakan jenama barangan kemas itu yang memuat naik beberapa foto ketika sesi photoshoot bersama Shuib dan Watie telah mengundang pelbagai reaksi wargamaya.
Menerusi gambar yang dikongsikan, dapat dilihat Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah mengenakan pakaian songket sambil berposing dengan barangan kemas bersama suaminya.
Pun begitu, segelintir netizen meluahkan rasa kurang senang apabila mereka mendakwa foto mesra tersebut dirakam sebelum pasangan itu sah bergelar suami isteri.
Malah, pakaian yang digayakan ketika sesi photoshoot itu sebelum ini pernah dimuat naik oleh seorang penata gaya, Feiruz Sohor di Instagram miliknya sekitar 12 Jun lalu.
Reaksi netizen
Susulan itu, netizen telah mempersoalkan tindakan pasangan pengantin baru itu dalam menjaga batas apatah lagi beberapa foto dilihat mereka bersentuhan tangan.
Video
@shuibwatie23 Cantek tk songket dorang? #ShuibWatie #SW #shuibsepahtu #watiehanifiah #syuibwatie #shuibwatiekahwin #akadnikah #walimatulurusshuibwatie ? Bunga Rampai – Zaleha Hamid