Isteri kepada pelawak dan penyampai radio Shuib iaitu Watie Hanifiah bersedia untuk memberi fokus sepenuhnya kepada anak-anak tiri yang sedang membesar.
Artikel Berkaitan: ‘Bangun Pagi Know Know Dah Ada Suami’ – Watie Hanifiah
Artikel Berkaitan: Watie Dedah Masa Bercinta Tak Pernah Keluar Berdua, Sifatkan Shuib ‘Suami Kiriman Tuhan’
Besarkan anak-anak tiri
Ketika ditemui OhBulan!, Watie menyatakan dia akan menjadi suri rumah tangga sepenuh masa untuk menguruskan keempat anak Shuib dan Allahyarham Siti Sarah Raisuddin.
Kata usahawan berumur 35 tahun itu, dia masih belum terfikir soal untuk menambah cahaya mata sendiri.
Dari awal lagi kami sudah berbincang. Shuib memang nak saya jadi suri rumah sepenuh masa. Kalau ada perkara lain, dia akan tentukan.
Saya ambil keputusan untuk menjaga anak-anak yang ada.
Ayyash dekat mak
@ohbulanofficial Bagus lah kalau macam tu ?? #ohbulan #sembangentertainment #watiehanifiah #fokus #jaga #anak #shuibsepahtu #dahulu ? original sound – OHBULAN!
Sementara itu, Shuib atau nama sebenarnya Shamira Muhammad berkata dia memerlukan Watie untuk menguruskan anak-anak memandangkan dia akan sibuk menguruskan bisnes.
Saya ada beberapa projek besar dalam perniagaan yang tentu saja memerlukan saya meminta bantuannya untuk menjaga anak-anak.
Uwais sekarang sudah masuk 12 tahun dan nak melangkah ke alam remaja. Saya rasa dalam usia ini mereka perlukan sentuhan kami selaku ibu bapa.
Mengenai anak bongsu iaitu Ayyash Affan, Shuib menyatakan buat masa ini masih kekal di bawah jagaan ibu, Salamiah Jalani.
Saya dah berbincang dengan emak dan sebelum ini dia pernah berkata, kalau Ayash boleh berjalan, dia akan bagi saya jaga.
Tapi, sekarang dia cakap biarlah Ayash pandai bercakap pula dan dia akan terus menjaganya. Saya okey sahaja sebab ibu saya pun selalu datang ke sini (Kuala Lumpur).
Kadang-kadang dalam sebulan beberapa kali juga ke sini. Tak mengapa. Saya biarkan dia bermanja dan besarkan cucu.
Pada Jumaat lalu, Shuib sah menjadi suami kepada pemilik nama Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah hanya dengan sekali lafaz di Putra Glass House, Putra Height.
Dalam majlis serba putih dan ‘dusty pink,’ Shuib menyerahkan mas kahwin sebanyak RM8,288 atas simbolik tarikh lahir Watie. Kini, pasangan sama cantik sama padan ini sedang berbulan madu di Pulau Langkawi, Kedah.
Terdahulu, Shuib dan Watie mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu dalam sebuah majlis tertutup.
Sekadar info, Shuib berkahwin dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.
Namun, Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.