berita

[VIDEO] Masuk Ke Laluan Bertentangan, Remaja Maut Motosikal Bertembung Kereta

October 14th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Baru-baru ini viral satu video pendek di media sosial yang memperlihatkan sekumpulan remaja dipercayai menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya di Jalan Tasik Pauh-Banir Belikong, Selising kira-kira jam 7:10 malam tadi.

Kemalangan ngeri

Menerusi video tersebut memaparkan mangsa telah masuk ke laluan bertentangan sehingga menyebabkan pertembungan dengan sebuah kereta. Video berkenaan dipercayai dirakam oleh salah seorang individu yang turut berada di lokasi kejadian.

Motosikal bertembung dengan kereta

Susulan daripada insiden ngeri itu, Sinar Harian melaporkan mangsa, Mohamd Daniel Hakim Rosdi yang mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sementara pemandu kereta, Nur Afiq Aiman Abdul Rahman Halawa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Deputi Superintendan Mohd Azmir Damiri ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber: Zamrud Zam, Sinar Harian

SKIP THIS AD ×