Pelakon yang juga aktif dalam sukan ekstrem, Mat Redho tampil berkongsi cerita dengan Hot FM mengenai berita kehilangan anak lelakinya, semalam.
Artikel Berkaitan: Anak Mat Redho Hilang Di Perhentian Bas, Minta Bantuan Orang Ramai
Nak pergi pejabat mummy
Menurut Mat Redho, anak lelakinya itu hendak pergi ke pejabat ibunya yang terletak lebih kurang 1 kilometer dari sekolah. Pada waktu tersebut, anaknya dipercayai sedang lapar dan mahu mengajak ibunya untuk makan bersama.
Anak saya kalau balik pukul 12 atau 12.30, mereka kena balik naik bas transit. Dia nak pergi ke pejabat mummy dia. lebih kurang 1km, nak kena lintas jalan besar. Lepas tu dia kata dia lapar, nak pergi cari mummy untuk pergi makan. End up sampai dekat pejabat mummy dia, dia tak boleh nak masuk juga sebab pejabat mummy dia level tinggi. Kena ada akses kad.
Jadi dia duduk dekat depan auto gate. Selepas 2.30 hingga 2.50 petang, kami ambil keputusan untuk buat laporan polis dan orang sekeliling bagitahu macam familiar budak ni jalan kaki kat jalan besar. Daripada situ bagitahu dekat mummy dia. Mummy dia bagitahu dekat polis tadi ada orang baru telefon dan Whatsapp nampak familiar muka macam ni tapi tak pasti.
Hasi pemeriksaan polis selepas itu, Redho berkata, iya anak lelakinya berada di kawasan pejabat tersebut.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Hot FM