berita

Video Mat Salleh Kena Maki Di Bazaar: Patutkah Kita Bersikap Sedemikian Di Bulan Ramadhan?

June 24th, 2015 | by Noraniza
Kini Trending

Screen Shot 2015-06-23 at 8.10.58 PM

Fuh. Kami pelik juga apabila video ini dihantar bertalu-talu di di inbox OHBULAN! menjelang berbuka puasa semalam.

Rupa-rupanya video ini telah pun menjadi viral di laman sosial. Isunya adalah 2 orang “Mat Salleh” ini mahu mengalihkan kenderaannya yang telah dihalang oleh peniaga bazaar Ramadhan.

Namun, apa yang memeranjatkan adalah tindakan peniaga tersebut yang bertindak untuk memaki dan menolak mereka berdua. Wajar atau tidak?

Screen Shot 2015-06-23 at 8.20.25 PM

Memetik daripada mStar Online:

Video dua warga asing dimaki beberapa peniaga kerana dikatakan ingin mengalihkan kenderaan di tapak bazar Ramadan Damansara Damai, Sungai Buloh menjadi viral di laman sosial.

Video berdurasi 57 saat itu menunjukkan beberapa peniaga mengamuk serta melemparkan kata-kata kesat kepada dua warga asing itu.

Individu yang merakam kejadian tersebut kelihatan bersetuju dengan tindakan peniaga-peniaga yang memaki warga asing tersebut.

Namun tindakan mereka dikecam netizen yang meluahkan perasaan kecewa dengan sikap peniaga yang disifatkan berkelakuan seperti samseng.

Pengguna laman sosial Facebook, Awaina Arbee berkata, “Tunjuk gangster ngan mat saleh. Where’s your ramadhan spirit la? Sabaq lah sikit hang ni pun.”

Manakala seorang lagi pengguna Facebook, Illiyin Abd Latif berkata, “I don’t know what happened but i pity those guys kena tolak2. Seriously, menjerit tak menyelesaikan masalah.”

Lihat video penuh di bawah:

Sememangnya 2 orang Mat Salleh itu mungkin bersalah kerana tidak mengalihkan kenderaan sebelum bazaar Ramadhan bermula, namun pada pandangan kami, mungkin ada jalan yang lebih baik untuk menyelesaikan hal ini daripada terus ‘naik hantu’ sebegitu kan?

Kalau kata masalah bahasa menjadi penghalang, rasanya ramai rakyat Malaysia boleh ‘negotiate’ dengan mereka kan. Hurm. Apa pendapat korang semua?

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×