berita

[VIDEO] Mayat Ditemui Dalam Keadaan Separuh Bogel, Polis Buru Suspek Bunuh Wanita Di Klang

December 24th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Klang, seorang wanita warga Indonesia ditemui mati dalam keadaan separuh bogel dan dipercayai dibunuh di sebuah rumah di Taman Seri Andalas, semalam. Menerusi laporan Berita Harian, terdapat beberapa kesan tikaman dijumpai di bahagian leher sebelah kiri mangsa.

Terbaring berlumuran darah

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan mengenai kejadian tersebut pada pukul 2.05 petang.

Mangsa berusia dalam lingkungan umur awal 20-an ditemui dalam keadaan terbaring berlumuran darah di dalam bilik tingkat satu di kediaman berkenaan. Pemeriksaan pada badan mangsa mendapati terdapat kesan tikaman di bahagian leher sebelah kiri.

Tambah beliau, mangsa ditemui dalam keadaan separuh bogel dengan memakai baju t-shirt sahaja pada masa tersebut. Mayat mangsa telah dibawa ke jabatan forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, untuk bedah siasat. Shamsul turut memberitahu bahawa usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.

Sumber: Berita Harian & Salminah Salleh

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×