Pelakon Meerqeen berkongsi kriteria wanita idaman yang boleh memikat hatinya sekaligus membuatkan dirinya jatuh cinta.
Artikel berkaitan: Gambar Badan Berotot Meerqeen Bikin Peminat Tak Senang Duduk, Siap Ada Nak Jadikan ‘Wallpaper’ Telefon
Artikel berkaitan: ‘Saya Tetap Sokong & Beri Sumbangan, Buat Apa Menunjuk’ – Meerqeen
‘Saya ada banyak ciri-ciri’
Menerusi perkongsian di TikTok @erasarawak, Meerqeen mengakui dirinya masih tiada teman istimewa kerana mahu fokus dengan kerja.
Single but not available sebab saya tengah fokus kerja. Nanti kesian lah kalau ada teman wanita macam mana nak komited dengan dia.
Disoal tentang ciri-ciri wanita idaman, aktor berusia 22 tahun ini menyenaraikan beberapa kriteria dari segi fizikal dan personaliti yang disukai.
Saya ada banyak. Saya suka perempuan tinggi, fox eyes, tak pakai make up sangat. Bergantung kepada masa itu. Kalau ada acara awak boleh pakai make up tapi saya lebih suka barefaced.
Lepas itu saya suka orang yang hormat mak bapa saya. Boleh masuk kepala, kelakar dan yang seronok untuk berborak.
Dalam pada itu, Meerqeen mendedahkan dia seorang yang memerlukan masa bersendirian sekiranya merajuk dengan pasangan.
Tapi saya kalau merajuk, saya takkan cakap saya bagi silent treatment. Saya akan pujuk diri sendiri.
@erasarawak E-Jodoh special bersama @dhirahsaini aritok tek kita ada the one and only @Meerqeen in the studio !! ? • #ERAsarawak ? original sound – ERA Sarawak
Sumber: TikTok