Tular baru-baru ini seorang pempengaruh dikecam oleh warganet kerana mencampurkan keropok babi di dalam hidangan bakso di sebuah restoran halal.
Artikel Berkaitan: Makan Daging Babi Sambil Baca Bismillah, TikToker Disiasat Polis Kerana Persenda Islam
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dikecam Baca Bismillah Sebelum Teguk Beer, Lelaki Ini Tampil Beri Penjelasan
Campur halal & haram
Menerusi video yang dimuat naik, pempengaruh Indonesia yang dikenali sebagai Jovi Adhiguna bertindak meletakkan keropok babi di dalam hidangan tersebut ketika menjamu selera di salah sebuah restoran di Lapangan Terbang Ngurah Rai Bali.
Pada awalnya Jovi yang sedang menikmati semangkuk bakso dilihat sedang menambah bahan perasa di dalam hidangan tersebut.
Kemudian dia mengeluarkan sebungkus kerepok berperisa babi dan memasukkannya ke dalam hidangan bakso tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengecam tindakan pempengaruh itu dengan menyifatkan dia sebagai seorang yang tidak sensatif terhadap pelanggan beragama Islam.
Yang menyusahkan kita adalah bagaimana cara untuk mensucikan (membersihkan) peralatan makanan yang terkena babi itu?
Jelas dia sengaja buat begitu. Semua restoran ada peraturan yang tertera ‘dilarang membawa makanan dari luar’.
Bukan masalah mencampurkan makanan halal dan tidak halal tapi bagi kami sebagai seorang muslim tempat makan dan alat memasak tidak boleh terkena barang yang haram.
Permohonan maaf
Jovi kemudian tampil memohon maaf di Instagram Story miliknya selepas menerima teguran daripada warganet.
Saya benar-benar tidak terfikir bahawa bakso itu halal jadi saya tidak boleh membawa makanan yang tidak halal untuk dicampurkan.
Jadi saya ingin meminta maaf kepada semua pihak yang terkesan dengan tindakan saya. Saya betul-betul tidak berfikir panjang.
Saya akan pastikan perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi. Saya juga akan lebih peka lagi selepas ini terutama bagi perkara yang berkaitan dengan agama.
@pawpaw.kids Tujuan dari konten ini Semoga para non-muslim bisa aware untuk menahan diri untuk ga bawa makanan non halal ke resto yang memang udah certified halal, supaya kami umat islam bisa aman mengkonsumsi makanan yang udah digaransikan halal oleh pihak resto Mohon video ini dipahami dengan baik, dan punten ya kak @joviadhigunahunter aku jadikan contoh, biar bisa ngajak dan memberikan pemahaman mengenai konsep halal-haram dalam mengkonsumsi makanan