berita

[VIDEO] Melaram Macam Princess, Pre-Wedding Mas Idayu Tarik Perhatian Netizen – ‘Cantik Betul!’

September 8th, 2022 | by Ain Rabbiyatul
Kini Trending

Penyanyi terkenal Mas Idayu Mesnun atau lebih dikenali sebagai mummy menarik perhatian netizan apabila dia mengadakan sesi fotografi pra perkhawinan (pre-wedding). Sweet betul!

Artikel Berkaitan: Mas Idayu Kahwin 16 September, Terima Tajaan RM7 Juta

Curi-curi pandang

Mas Idayu bersama pasangan pilihannya melangsungkan pre wedding yang bukan sahaja menarik perhatian warganet tetapi dapat menarik perhatian tunangnya, Muhammad Sufian Che Isa. Busana yang dipakai oleh Mas Idayu serba-serbi berwarna putih seperti princess serta Sufian Isa segak mengenakan suit.

Bakal pengantin lelaki curi curi pandang bakal bidadari hati.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikan Mas Idayu malah mereka juga akui tidak sabar menanti hari bersejarah Mas Idayu disatukan dengan pilihan hatinya.

Menerusi laporan sebelum ini, Mas Idayu yang kini berusia 50 tahun bakal melangsungkan pernikahan pada 16 September ini. Majlis akad nikah dan resepsi perkahwinan pasangan merpati dua sejoli ini bakal diadakan di Magica Victory Quill City Mall dengan dihadiri hampir 300 orang tetamu.

Difahamkan, majlis bersejarah penyanyi dangdut sensasi bersama Penerbit Eksekutif TV3 ini mendapat tajaan perkahwinan bernilai RM7 juta daripada pelbagai pihak merangkumi lokasi, katering, busana dan aksesori.

Video ‘pre wedding’

@muslimsyafrial

? Dua dua sweet #pengantinbaru #pengantinviral #masidayu #sufianisa #mummymasidayu #fyp

? You Are The Reason – Calum Scott

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Masidayu Mesnun (@masidayu1001)

Komen netizen

Sumber: muslimsyafrial ,mas idayu, Harian Metro

SKIP THIS AD ×