berita

[VIDEO] ‘Memang Betul Nak Tanya Sebab Saya Tak Kenal’ – Nabila Huda Nafi Persenda Masya Masyitah

August 9th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Nabila Huda Memang Tak Kenal Masya Masyitah

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai pelakon, Nabila Huda yang bertanyakan siapakah individu yang bernama Masya Masitah.

Terbaharu, Nabila mendedahkan bahawa dia sama sekali tidak berniat untuk mempersendakan penyanyi tersebut.

Artikel Berkaitan: Nabila Huda Tak Kenal Masya Masyitah, Netizen Terhibur -‘You Win Kak!’

‘Memang betul nak tanya’

Nabila Huda Memang Tak Kenal Masya Masyitah

Ketika ditemui OhBulan!, Nabila atau nama sebenarnya, Nabila Huda Suhaimi, 39, menyatakan dia jarang sekali mengikuti ‘rapat’ isu semasa.

Sumpah, saya memang tak berniat nak mempersendakan dia. Saya sebenarnya memang tak tengok sosial media dan tak baca berita (mengenai itu).

Apa yang saya tunjuk di Instagram, itulah kehidupan saya. Kalau tak dengan kucing, saya akan masak, bersama dengan anak dan suami. Saya memang tak tahu apa-apa berita.

Jadi, bila saya tengok berita tu cakap Masya buka tudung, saya terus macam, ‘Siapa pula Masya Masyitah ni? Kenapa aku tak tahu pula’

Bila saya tulis komen begitu barulah saya dapat jawapannya.

Nabila berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada tayangan perdana filem Rahsia yang diadakan di GSC Mid Valley pada Selasa minggu yang lalu.

Dalam pada itu, pelakon filem Blok 404 itu turut mengatakan bahawa dia juga mempunyai perasaan ingin tahu terhadap sesuatu berita sensasi seperti wargamaya yang lain.

Saya orang biasa juga dan saya berhak untuk beri komen tapi tak adalah cakap benda-benda buruk pun.

Saya pun curiga juga sehinggakan kadang-kadang bila saya komen sesuatu pada mana-mana blog, pasti akan ramai yang jawab pertanyaan tu.

Segala informasi mengenai pertanyaan saya tu kadang-kadang akan terjawab di ruangan komen itu juga.

Terdahulu, Nabila meninggalkan komen bertanyakan siapakah gerangan penyanyi, Masya Masyitah pada sebuah hantaran yang mengaitkan nama penyanyi tersebut susulan keputusannya untuk tidak mengenakan hijab lagi.

Komen tersebut telah mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan wargamaya sekali gus mencuit hati mereka.

Video

@ohbulanofficial Abil mendedahkan bahawa dia sama sekali tidak berniat untuk mempersendakan penyanyi tersebut. #ohbulan #sembangentertainment #nabilahuda #tak #berniat #persenda #masyamasyitah ? original sound – OHBULAN!

SKIP THIS AD ×