Gara-gara mahu menonton wayang dalam keadaan tenang, usahawan kosmetik iaitu Madammu bertindak membeli kesemua tiket wayang di sebuah pawagam.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Pearl Untuk Klasik Look, Jangan Pakai Dengan Seluar Jeans’ – Madammu
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hafiz Mahamad 55 Kali Buat Kejutan Untuk Isteri, Kali Ini Sewa Pawagam & Hadiahkan Pakej Haji
Hanya Madammu & suami
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Madammu atau nama sebenarnya Eriyca Baiduri dilihat bersama suami di dalam sebuah panggung wayang.
Menurut Madammu, dia memiliki personaliti introvert justeru mengambil tindakan untuk ‘mengosongkan’ pawagam tersebut.
Sejenis introvert! Jadi kita beli semua seat.
Menjengah ke ruangan komen, tindakan usahawan jelita itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet antaranya, segelintir mereka mengagumi kekayaan yang dimiliki Madammu dan ada juga yang meluahkan perasaan kurang senang.
Bestnya jadi madam.
Kan lebih baik beli ‘gold class’ atau tiket platinium.
Sebelum kaya boleh je nak tengok wayang ramai-ramai, lepas kaya tiba-tiba introvert. Kejap lagi mesti kena serang dengan pentaksub.
Membazir itu amalan siapa?
Tinjauan OhBulan! mendapati Madammu turut membalas komen-komen berkenaan dengan positif meskipun ada yang mengkritik tindakannya.
@madammmmu Sejenis introvert! Jadi kita beli la semua seat.
Sumber: TikTok Madammu