Seorang pengguna media sosial meluahkan rasa sedih dan bersalah pada diri sendiri selepas memberi kebenaran kepada pihak hospital untuk menidurkan arwah adiknya.
Artikel Berkaitan: Didera Teman Lelaki Sampai Mati, Keluarga Tuntut Keadilan
Artikel Berkaitan: #OhBulanTutupChapter2023: Suhaimi Saad, M Daud Kilau & Ibnor Riza Antara Bintang Seni Yang Pergi Takkan Kembali
Rasa ralat & bersalah
Menerusi perkongsian di TikTok, individu yang menggunakan nama Mr Wancai Official berkata, doktor menyarakan adiknya ditidurkan selepas tahap kesihatan tiba-tiba merosot beberapa hari selepas dikeluarkan dari hospital.
Kongsinya, arwah sebelum ini ditahan di wad akibat sakit strok sejurus selepas melahirkan cahaya mata pertama beberapa bulan lalu.
Arwah diserang penyakit strok selepas 20 hari melahirkan anaknya secara Czer. Hampir lima bulan arwah ditahan di hospital.
Sepanjang sakit, anak arwah telah dijaga oleh kakak iparnya kerana arwah tidak mampu menjaganya disebabkan sakit yang dialami.
Jumaat lalu, arwah dikeluarkan hospital selepas satu bulan lebih berada di wad. Namun kesihatan tiba-tiba merosot selepas dua hari keluar hospital.
Kemudian bawa ke hospital diletakkan di zon kuning sebelum dipindah ke zon merah. Doktor menyarakan untuk ditidurkan dan perlu mendapat persetujuan waris.
Meskipun berasa ralat, individu tersebut reda dengan pemergian adik bongsunya itu. Malah, dia akui sudah gagal menjadi seorang abang yang terbaik.
Pemergian adik bongsu amat meralatkan saya. Saya harus reda. Allah ambil bersebab, tidak mahu melihat arwah terus menderita.
Perginya adik aku diusia 33 tahun selepas lima bulan melahirkan cahaya mata pertama.
Adik, maafkan abang mu. Memberi kebenaran kau ditidurkan adalah satu keputusan yang salah.
Aku gagal menjadi abang seperti yang kau mahu. Rasa bersalah akan menghantui diri ini sampai bila-bila.
Video
@mrwancaiofficial77Perginya Adik Ku Di Usia 33 Tahun Selepas 5 Bulan Melahirkan Cahaya Mata Pertama. Adik,Maafkan Abang Mu. Memberi Kebenaran Kau Di Tidurkan Adalah Satu Keputusan Yang Salah. Aku Gagal Menjadi Abang Seperti Yang Kau Mahu. Rasa Bersalah Akan Menghantui Diri Ini Sampai Bila². Ayu,Maafkan Andak?? Dawai (From “Air Mata Di Ujung Sajadah”) – Fadhilah Intan
Sumber: TikTok