berita

[VIDEO] Menangis Diiringi Hujan Lebat, Suami Saksi Kemalangan Isteri OKU

September 18th, 2020 | by Najmi Suhaimi
Kini Trending

Setiap perkahwinan sudah pastinya mengimpikan kehidupan untuk bersama-sama dengan pasangan sehingga ke hujung hayat. Namun, siapa sangka seorang suami menjadi saksi kemalangan isterinya sendiri, ketika hujan lebat. Kejadian yang berlaku di Kulim, Kedah ini melibatkan seorang wanita, Nur Almass Zasmi, 23 tahun, yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

Kebetulan berada di tempat kejadian

Foto: Penduduk Guar Chempedak

Kemalangan itu berlaku sekitar jam 1.30 petang, suami Almass yang kebetulan lalu di tempat kejadian bertindak meluru ke arah mayat isterinya. Dia memeluk erat mayat isterinya sambil meraung dan menangis diiringi hujan lebat.

Menurut Ketua Polis Daerah Kulim, Superitenden Azhar Hasim, Almass merupakan orang kelainan upaya (OKU) bisu dan merupakan seorang operator kilang. Ketika kejadian berlaku, Almass sedang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss.

Hilang kawalan dan terbabas

Foto: Penduduk Guar Chempedak

Ujar Azhar, mangsa ketika itu dari arah Serdang menuju ke Sungai Ular, manakala pemandu treler dari arah Sungai Ular menuju ke Serdang.

Mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas lalu masuk ke bawah treler sebelum digilis oleh tayar belakang kenderaan tersebut.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Salam takziah buat keluarga mangsa.

Sumber: Penduduk Guar Chempedak Sinar Harian

The following two tabs change content below.

Najmi Suhaimi

Content Champion at Rev Asia Berhad
Have courage and be kind.

×