Kucing seringkali menjadi pilihan haiwan peliharaan kesayangan ramai kerana sifatnya yang jinak dan manja. Walau bagaimanapun, seperti manusia, kucing juga mempunyai tempoh hayatnya yang tertentu. Perasaan sedih pasti menyelubungi sesiapa pun apabila haiwan kesayangan mereka telah pergi buat selama-lamanya.
Seperti perkongsian seorang pengguna Twitter, Rimaulah atau lebih mesra disapa dengan nama ‘Abang’ menceritakan kisah sedih yang menimpa dirinya apabila kucing kesayangannya, Amy sudah mati.
‘Maafkan abang, Amy sayang’
Tengah kerja, along datang panggil teriak nama, my brother show my cat already dead a few hours sebab tak tahu.5 Years saya bela dia dari kecik sampai ke besar. I nvr cry like this before just for "Something" , maafkan abang, Amy sayang?. pic.twitter.com/ewX1voZrAl
— Rimau (@rimaulah2615) January 13, 2020
Menerusi video berdurasi 1:06 saat yang dimuatnaik lelaki itu di laman Twitter miliknya, memaparkan dia tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan airmata apabila melihat kucing kesayangannya yang diberi nama Amy itu berada dalam keadaan yang sungguh menyedihkan.
Menceritakan kisah itu, lelaki ini memberitahu pada awalnya dia tidak tahu akan kematian Amy sehinggalah adiknya sendiri telah datang ke tempat kerjanya dan memaklumkan tentang kejadian itu. Menurut lelaki ini, kucing kesayangannya itu dipercayai telah mati beberapa jam sebelum mereka menyedarinya.
Rehatlah sayang
Tambah lelaki ini lagi, dia telah memelihara Amy selama 5 tahun iaitu sejak kucing itu masih kecil lagi. Jadi tidak mustahil lah perasaan sayang terhadap kucing kesayangannya itu begitu mendalam.
Kenangan sebelum Amy ‘pergi’
Video terakhir bersama Amy
Amy satu-satunya kucing abang mandikan bila dah takda nyawa lagi. Sayang abang rehat yaa ?. hari-hari abang datang, soon abang tanam pokok atas pusara amy sayang nie ?. Rehatlah sayang abang. Syurga menunggu mu ???? pic.twitter.com/vGjZYMW803
— Rimau (@rimaulah2615) January 14, 2020
Sumber: Rimaulah