Telatah seorang kanak-kanak yang menangis kerana mahu melihat gambar Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berjaya membuatkan wargamaya terhibur.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rakyat Sebak Agong Bakal Pulang Ke Pahang Lagi 239 Hari -‘Nanti Kami Rindu…’
Siap panggil Agong ‘atok’
Menerusi video yang dikongsikan pengguna TikTok dikenali sebagai Tuan Que, difahamkan anaknya yang berusia dua tahun itu menangis kerana mahu melihat gambar Seri Paduka di telefon bimbitnya.
Anak kecil itu kemudiannya dilihat berhenti menangis dan tersenyum selepas hajatnya yang ingin melihat gambar Seri Paduka ditunaikan bapanya itu.
Lebih mencuit hati apabila anaknya yang masih kecil itu menggelarkan Seri Paduka sebagai ‘atok’ manakala Raja Permaisuri Agong sebagai ‘kakak’.
Semoga dapat jumpa ‘atok’ & ‘kakak”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen begitu terhibur melihat kecomelan adik kecil ini dan berharap agar adik kecil ini dapat bertemu dengan Seri Paduka serta Raja Permaisuri Agong.
Video
@tuan_queAnak 2 tahun nangis nak tengok gambar YDPA? original sound – Tuan Que
Sumber: TikTok