berita

[VIDEO] Mengadu Telefon Rosak, Minta Gadai Emas, Ibu ‘Sebak’ Anak Beli Telefon Baru

February 3rd, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Pengorbanan seorang ibu dalam membesarkan anak-anaknya tidak dapat diganti dengan wang ringgit. Namun, apa yang boleh dilakukan oleh si anak adalah dengan memberi kebahagiaan dan menghargai mereka di saat mereka masih ada.

Seperti video yang trending di laman TikTok dikongsikan seorang gadis dikenali Bebo, menghadiahkan telefon baru buat ibunya. Reaksi ibunya ketika itu, begitu teruja dan sebak apabila menerima hadiah tersebut.

Hadiah buat si ibu

Kisahnya bermula, apabila gadis ini menceritakan ibunya mengadu telefon bimbitnya sudah mula rosak. Namun, gadis itu pada mulanya sama sekali tidak menghiraukan keluhan ibunya pada waktu itu. Apa yang lebih menyentuh hati, apabila ibunya menyuruh gadis ini menggadai gelang tangan emasnya untuk membeli telefon baru buatnya.

Tolong gadaikan rantai mama, mama nak beli phone.

Tidak sampai hati mendengar keluhan ibunya, gadis ini membeli telefon baru buat ibunya hasil perniagaannya selama ini. Jika dapat dilihat menerusi video TikToknya, ibunya kelihatan sebak dan teruja mendapat kejutan daripada anaknya. Bahkan, ibu kepada gadis ini menangis tanda gembira atas hadiah telefon bimbit yang diberikan oleh anaknya.

Janganlah nangis, dapat telefon baru kenalah happy.

Tidak berakhir di situ, si ibu berulang kali mengucapkan terima kasih buat anaknya atas pemberian hadiah tersebut. Mendapat lebih 200k tontonan, video tersebut dibanjiri dengan komen-komen netizen yang sebak melihat video tersebut. Pada masa yang sama, mereka turut mendoakan supaya gadis ini dimurahkan rezeki. Fuhh memang sedih kalau tengok video ni!

Ibu sebak

@bebozainuddin_Hargai lah mak / ayah korang sementara masih ada. PART ONE ? ##fyp? ##foryourpage ##fyp ##fyi? original sound – Kakaklesungpipit

@bebozainuddin_Part TWO. Part mama nangis tu, Allahuakbar. Inilah bigwhy saya berbusiness selama ni ? ##fyp? ##fyp? original sound – Kakaklesungpipit

Sumber: Bebo

SKIP THIS AD ×