berita

[VIDEO] Mengalir Air Mata Jantan, Chef Wan Sebak Bila Teringat Pengorbanan Membesarkan Anak-Anak

June 17th, 2021 | by Amirul Asraf
Video Popular

Sempena Hari Bapa, bekas penyampai radio, Fara Fauzana sempat menemu bual chef terkenal tanah air iaitu Chef Wan di Instagram. Menerusi live selama 57 minit 27 saat itu, Chef Wan berkongsi pengalaman terindah bersama arwah bapanya dan cabaran yang dihadapinya sebagai seorang bapa kepada dua orang anak.

Artikel berkaitan: ‘Gagal Mohon Untuk Berkahwin Kali Kedua’ – JIPS Perlis Siasat Suami Serina Redzuawan

Artikel berkaitan: Tunjuk Bukti ‘Sebenar’ Kiriman Whatsapp Serina Di IG, Chef Wan ‘Maafkan’ Anak Walaupun…

Beli coklat dekat kami adik beradik

Saya panggil ayah dekat arwah bapa. Kenangan paling seronok yang saya takkan lupa ialah apabila bapa saya bawa balik coklat kepada kami adik beradik. Kadang-kadang ayah pos untuk hantar dekat kami. Ayah saya kerja sebagai tentera udara. Walaupun ayah kerap berpindah dan jarang tinggal bersama kami, saya rasa momen bila ayah balik rumah dan bawa coklat British tu membuat kami semua gembira.

Menurut Chef Wan, dia merupakan anak sulung daripada tujuh orang adik beradik. Pengalaman bersama ayah bagi beliau boleh dikatakan tidak banyak kerana ayahnya seorang tentera udara. Jelas Chef Wan, ayahnya sering berpindah randah semasa berkhidmat. Oleh itu, mereka semua ditinggalkan bersama ibu. Walaupun tidak selalu bersama ayah, Chef Wan memberitahu bahawa coklat dari British yang dibeli oleh ayahnya setiap kali pulang ke rumah merupakan kenangan yang tidak akan dilupakan.

Sebagai anak kecil, perasaaan gembira pada waktu tersebut memang sukar digambarkan. Ini kerana, coklat yang dibeli oleh ayah itu tidak boleh didapati di kedai runcit tempatan. Ada kalanya, ayah beliau sanggup pos coklat tersebut demi anak-anak di rumah.

Satu tamparan hebat buat saya

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FARA FAUZANA (@therealfafau)

Selain bercerita pengalaman bersama arwah bapa, Fara Fauzana sempat bertanya kepada Chef Wan mengenai perasaannya sendiri sebagai seorang bapa. Menurut Chef Wan, beliau sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menjadi seorang bapa sebaik sahaja isterinya disahkan hamil. Sejak daripada itu, beliau juga akan memastikan kelengkapan, kesihatan dan kebajikan isterinya terjaga. Bahkan, sewaktu Serina dan Chef Riz lahir di dunia, beliau sanggup berjaga pada waktu malam dan menyediakan susu buat mereka.

Chef Wan turut memberitahu bahawa ada suatu masa beliau sanggup mengambil upah sebagai tukang kebun dan tukang masak di rumah orang semasa sedang belajar di San Francisco. Jelas beliau, waktu tersebut sangat sukar bagi dirinya kerana perlu menamatkan pengajian dan memberi wang perbelanjaaan kepada isteri, anak dan keluarga di Malaysia. Berkat usaha dan doa, Chef Wan bersyukur kerana dapat membantu semua ahli keluarganya yang mempunyai masalah kewangan serta masalah peribadi.

Saya bantu anak buah saya sambung belajar. Ada yang nak beli komputer riba minta dekat pak long. Malah, kakak saya yang janda pun saya yang tanggung. Bagi saya itu semua tanggungjawab. Kalau setiap orang sedar akan tanggungjawab masing-masing, sudah pasti masyarakat yang bahagia akan wujud. Itu belum cerita hal anak saya lagi, berapa banyak saya bayar dekat peguam untuk kes dia dan bekas suami.

Bercerita mengenai soal anak, Chef Wan menitiskan air mata sebaik sahaja mengenang sikap anaknya iaitu Serina yang dipercayai membelakangkannya dalam isu perkahwinan baru-baru ini. Ujar Chef Wan, kejadian yang berlaku merupakan satu tamparan yang hebat buat dirinya sepanjang menjadi seorang bapa. Namun begitu, beliau telah ‘move on’ dan memberi fokus kepada dirinya sendiri sekarang ini.

Sumber: Fara Fauzana

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×