berita

[VIDEO] Mengapa SOP Di Masjid, Surau Lebih Ketat Berbanding Tempat Sosial

November 27th, 2020 | by Zulaikha
Isu & Kontroversi

Sebelum ini ramai mempertikaikan pelaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) solat berjemaah di masjid dan surau yang didakwa terlalu ‘ketat’ berbanding tempat-tempat sosial. Wujud tanggapan double standard seolah-olah pihak kerajaan tidak peka dan ‘berat sebelah’ kepada sektor sosial.

Namun, perkara tersebut telah dijelaskan oleh pihak berwajib termasuklah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Zulkifli sendiri. Menerusi rancangan Forum Perdana, seorang penceramah jemputan, Ustaz Zul Ramli menerangkan sekali lagi mengapa SOP tersebut mesti dilakukan dalam usaha membendung pandemik.

Penjelasan Ustaz

Menerusi penjelasan Ustaz Zul Ramli, masjid dan surau adalah tempat untuk menghimpunkan orang ramai bagi tujuan beribadat. Tambahan pula, menerusi solat jemaah, kedudukan seseorang jemaah dengan jemaah yang lain adalah rapat antara satu sama lain (dalam saf). Ulil Amri (pemimpin) perlu melihat dalam konteks zaman sekarang di mana negara berhadapan dengan pandemik Covid-19 yang semakin merebak.

Sifat wabak ini juga mudah dijangkiti antara satu sama lain, jika tiada penjarakan sosial dipraktikkan. Ustaz Zul turut memberikan contoh yang mudah difahami sebagai contoh, lazimnya orang muda yang aktif bersukan berbanding golongan yang berusia. Mereka ini lebih aktif ditambah pula dengan keadaan fizikal mereka yang sihat. Tempat sosial juga selalunya dikunjungi golongan muda.

Manakala, di masjid dan surau dihuni oleh mereka yang berusia dan mereka ini tergolong dalam golongan yang berisiko tinggi terkena jangkitan Covid-19. Bayangkan jika masjid dan surau tiada SOP yang lebih ketat? Sudah pastinya mereka ini akan mudah dijangkiti.

Tambahnya lagi, jika SOP yang ditetapkan di tempat beribadat sama seperti tempat-tempat sosial ia merupakan satu kesilapan yang dilakukan.

Jadi SOP lebih ketat di masjid dan surau mengikut keadaan orang yang datang.

Ikut SOP dapat pahala

Ustaz Zul Amri turut menjelaskan Allah S.W.T. akan memberikan pahala kepada hambaNya yang menjaga keselamatan diri. Seseorang itu harus akur akan perintah yang dibuat oleh Ulil Amri demi kemaslahatan bersama.

Sumber: Mahirah Idris

SKIP THIS AD ×