berita

Zul Ariffin Dikecam Kerana Melawat Kota Al Ula, Ini Penjelasan PU Syed – ‘Ramai Yang Keliru Tentang Al Ula & Mada’in Saleh’

September 13th, 2023 | by Amirul Ilyasha
OB Eksklusif

PU Syed Al-Ula

Penceramah bebas, PU Syed tampil memberi penjelasan mengenai kontroversi melibatkan selebriti Malaysia yang dikatakan berkunjung ke sebuah kota yang dilaknat Allah dipanggil Al Ula, Arab Saudi.

Artikel Berkaitan: ‘Dalam Banyak-Banyak Tempat Kenapa Pergi Situ?’ – Netizen Kecam Zul Ariffin Bersantai Di Al-Ula

Ada perbezaan

PU Syed Al-Ula

Menerusi temubual bersama OhBulan!, PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak berkata terdapat kekeliruan dalam kalangan wargamya mengenai isu yang dibangkitkan itu.

Menurut PU Syed, kota yang dilaknat dan dilarang untuk dikunjungi ialah Hegra atau lebih dikenali sebagai Mada’in Saleh dan bukanlah Al Ula seperti mana yang diperkatakan wargamaya.

Tempat yang dilarang pergi ialah Al-Hijr atau Hegra atau lebih dikenali sebagai Mada’in Saleh kerana tempat tersebut dilaknat oleh Allah SWT.

Dan untuk pengetahuan, Nabi Muhammad SAW pernah menunaikan solat di Al Ula solat bahkan terdapat sebuah masjid di sana yang bernama nama Masjid Al-‘Izom atau lebih dikenali sebagai Masjid Tulang.

Bukan itu sahaja, Mada’in Saleh dan Al Ula berada di tempat yang berbeza iaitu jarak antara dua kota tersebut adalah sejauh 26 kilometer.

Tambah PU Syed lagi, sangat tidak menjadi masalah untuk mengunjungi kota Al Ula.

Adalah tidak menjadi masalah jika mereka pergi ke Al Ula namun sekiranya mereka berkunjung ke Mada’in Saleh maka sepatutnya tidak boleh untuk berseronok di sana.

Di akhir perkongsiannya itu, PU Syed berharap agar wargamaya melakukan penyelidikan yang teliti terlebih dahulu agar tidak berlaku salah faham dalam menyampaikan maklumat.

Terdahulu, pelakon Zul Ariffin dan Johan As’ari menerima kecaman hebat dari netizen selepas mereka berkongsi momen berkunjung ke kota Al-Ula.

Netizen dilihat mempertikai tindakan kedua pelakon terkenal itu yang menjejakkan kaki ke kota yang dikatakan tempat dilaknat Allah SWT.

Video

@zulariffin_official Visiting the Old Town of Al Ula #SaudiArabia #AlUla #Alhamdullilah #fyp #12thcentury ? Habibi (Albanian Remix) – Ricky Rich & Dardan

Sumber: TikTok 

SKIP THIS AD ×