berita

[VIDEO] ‘Semoga Allah Ampunkan Dosa Kita’ – Ustaz Don Perjelas Amalan Menjelang Awal Muharram

July 18th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Bulan Muharram merupakan bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Di dalam bulan inilah berlakunya peristiwa penting dalam sejarah Islam iaitu penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

Sempena dengan sambutan Awal Muharram ini, umat Islam sangat digalakkan untuk memperbanyakkan amalan serta membaca doa akhir tahun dan awal tahun.

Artikel Berkaitan: ‘Jangan Putus Asa Untuk Berhijrah’ – Muncul Di Meletop, Ini Pesanan Dr Zulkifli Sempena Awal Muharram

Ustaz Don beri penjelasan

Terbaharu, penceramah bebas, Ustaz Don Daniyal menjelaskan mengapa perlunya untuk seseorang Islam itu untuk memperbanyakkan amalan menjelang sambutan Maal Hijrah menerusi laman TikToknya.

Ustaz Don berkata, menjelang hujung tahun, buku amalan setiap orang Islam itu akan diangkat oleh Malaikat untuk dihadapkan ke hadapan Allah SWT.

Assalamualaikum, bila sampai 1 Muharram 1445H, maknanya sehari sebelum tu adalah hujung tahun 1444H. Ada perkara penting semua orang kena tahu iaitu dalam satu hadis Nabi SAW.

Nabi ada sebut, ‘Tidak adalah Malaikat yang mencatat amalan kita naik membawa buku amalan kita (boleh tengok dalam Surah al-Kahfi) berkaitan dengan buku amalan.

Allah akan tanya kepada Malaikat, ‘Wahai Malaikat, tengok muka surat awal buku (amalan) dia, dan tengok muka surat akhir buku dia’.

Menerusi hadis yang disampaikannya itu, Ustaz Don menerangkan bahawa sekiranya amalan yang dilakukan manusia itu baik pada hujung tahun serta awal tahun maka Allah akan mengampunkan segala dosa yang dilakukan seseorang manusia itu.

Kalau dua-dua (bahagian) itu baik maka Allah akan kata, ‘Aku ampunkan kesemua di antara dua perkara baik ini wahai malaikat bersaksilah kamu’.

Sebab itu untuk hujung tahun kita nak cuba baca Yasin, buat amal soleh supaya kita tutup dengan yang baik kemudian kita mula balik tahun baharu dengan yang baik.

Supaya tahun yang (dulu) kita mula tahun baharu dengan yang hujung tahun (jika) baik kedua-duanya, Allah ampunkan di antara kedua-dua perkara baik itu.

Di hujung videonya itu, Ustaz Don berdoa agar segala dosa-dosanya serta mereka yang menonton diampunkan Allah SWT.

Video

@mahabbaten [ 1444 HIJRAH ] Sabda Rasulullah SAW kepada Abi Fatimah al-Dhumari RA: ???????? ????????????? ????????? ??? ?????? ????? Maksudnya: “Hendaklah kamu berhijrah kerana ia tiada tandingannya.” – Riwayat al-Nasaie – Ini menunjukkan betapa kedudukan Hijrah diangkat oleh Baginda SAW seolah-olah tiada tandingannya. Hal ini dengan jelas membuktikan pengorbanan yang terpaksa dilalui oleh golongan yang melakukan hijrah sangat besar. .: Hanya Kerana Cinta Nya :. #umrah #mahabbaten #ustazdondaniyal #ustdonadatravel #ustdon #mekkahmadinah #umrah2023 #umrahustazdon #umrahmahabbaten #ustazdon #salammaalhijrah #maalhijrah #awalmuharram ? bunyi asal – Mahabbaten by Don Daniyal

Sumber: TikTok 

SKIP THIS AD ×