Pelakon Datuk Adi Putra tidak menyokong pandangan yang dikemukan aktor Datuk Rosyam Nor yang berpendapat rumah pelacuran satu keperluan terutama kepada pekerja asing di Malaysia.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Nampak Anak Bini Kita Silap Silap Dirogol’ – Rosyam Nor Berpendapat Rumah Pelacuran Penting Untuk Pendatang Asing Lepaskan Nafsu
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mak Jah Sebak Terima Bantuan Kerusi Roda Elektrik, Duit Bulanan Daripada Rosyam Nor
Tidak sokong pusat pelacuran
Ketika ditemui OhBulan!, Adi menegaskan tidak pernah terlintas dalam kamus hidupnya untuk memikirkan tentang kepentingan pusat pelacuran apatah lagi menyokong.
Kalau tanya saya tentang isu (rumah pelacuran), apa yang sepatutnya diperintah Allah kita perlu ikut dan yang mana dilarang perlu dielakkan.
Tetapi secara peribadi, untuk menyokong pusat pelacuran tiada dalam kamus hidup saya.
Tidak pernah dalam fikiran saya sama ada perlu wujudkan rumah pelacuran ataupun tidak.
Nama pun pusat pelacuran dan perkataan pelacuran itu sangat sensitif terutama untuk rakyat Malaysia menyebut apatah lagi untuk menyokong.
Tipu kalau tidak ada orang yang tahu fasal kewujudan rumah pelacuran, namun untuk menyokong itu tidak sekali.
Bagaimanapun, menurut pelakon filem Mat Kilau itu, dia menghormati pandangan yang dikemukan Rosyam.
Saya hormat pandangan dia, kerana setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza.
Walaupun dikecam tetapi itu adalah pandangan peribadinya. Saya tiada komen untuk pandangan yang dikemukan Rosyam.
Terdahulu, Rosyam berkata pusat pelacuran adalah satu keperluan dan boleh menjadi tempat untuk pekerja asing terutama kaum lelaki menampung ‘kemahuan nafsu’ mereka.
Katanya, hal ini secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko kes rogol di Malaysia.