berita

Video Merdeka Digi Ni Akan Meruntun Jiwa & Buatkan Korang Bangga Jadi Rakyat Malaysia!

August 28th, 2020 | by Azyan
Kini Trending

Tahun 2020 sememangnya memberikan putaran 360 darjah kepada dunia. Apa yang terjadi tahun ini merupakan kejadian yang tidak disangka-sangka akan berlaku dan ianya memberikan impak yang besar kepada rakyat Malaysia.

Ada yang kehilangan kerja, ada yang terpaksa tutup perniagaan mereka.

Disaat-saat begini, kita sebagai rakyat Malaysia hendaklah berkerjasama dan menyokong antara satu sama lain, disamping tingkatkan lebih semangat kekitaan untuk terus maju!

Video dari Digi ni memaparkan rintangan yang perlu rakyat Malaysia dari pelbagai kaum hadapi dan bagaimana mereka mengharungi kesusahan tersebut! Sebak bila tengok kepayahan mereka tapi dengan sokongan yang mereka dapat, mereka boleh bangkit dari kepayahan ini!

Sebab KITA rakyat Malaysia, KITA adalah satu!

Buatan Malaysia dengan buatan luar, KITA boleh lawan!

Peniaga kecil-kecilanlah yang paling terkesan akibat pandemik yang melanda. Melihat video ni, kekuatan mereka sangat meruntun jiwa admin. Bagaimana kuatnya mereka untuk menghadapi segalanya dan juga betapa kuatnya mereka untuk bangkit dan gunakan segala jalan alternatif yang ada untuk mereka terus maju kehadapan.

KITA sebagai rakyat Malaysia kena berbangga yang barangan buatan KITA setaraf dengan buatan negara luar. Apa saja yang mereka lakukan, kita boleh lakukan lebih baik dan yang paling best, bersesuaian dengan kehendak dan citarasa rakyat Malaysia!

Semangat mereka ni lah yang membuatkan rakyat Malaysia yang lain bersemangat, kerana KITA BUATAN MALAYSIA!

Melihat bagimana mereka bersemangat untuk terus maju memberikan rakyat Malaysia yang lain bersemangat untuk saling membantu dan juga saling berkerjasama bagi menaikkan industri di tanah air kita sendiri!

Kalau korang berminat untuk tahu dengan lebih lanjut lagi mengenai kisah artisan Malaysia ni, korang boleh follow hasil kerja mereka di Facebook page atau Instagram mereka!

Korang mesti akan lebih excited bila tengok Instagram dan Facebook feed mereka!

Korang juga boleh sokong pembuat seni tempatan dengan membeli jualan mereka di MyDigi App & Shopee!

Rakyat Malaysia memang penuh dengan semangat kekitaan, jadi admin tahu mesti korang terus rasa nak beli barangan buatan mereka ni kan?

Korang boleh dapatkan barangan artisan ni di aplikasi MyDigi dengan diskaun istimewa untuk mengalakkan lagi pembelian barangan buatan mereka. Korang juga boleh redeem rewards untuk purchase barangan istimewa ni! Klik je link ni!

Selain itu, Digi juga berkerjasama dengan Shopee dengan menyediakan webpage khas untuk mereka mempromosikan artisan-artisan terbaik Malaysia ni!

Korang juga boleh explore lebih banyak barangan lain buatan Malaysia di Shopee dengan harga yang terbaik! Berikan pengiat seni ini semangat untuk membuat lebih banyak hasil kreatif dan tunjukkan kepada mereka bahawa mereka mendapat sokongan rakyat Malaysia!

Ingat guys, KITA BUATAN MALAYSIA! Maklumat lanjut korang boleh klik dekat sini!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×