Bakat lakonan Remy Ishak atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Bin Ishak, memang tidak dapat dinafikan lagi kerana sering membintangi pelbagai drama dan filem tempatan. Setiap kali kemunculannya di kaca televisyen, pasti membuatkan ramai peminatnya tertungu-tunggu. Betul tak?
Namun siapa sangka, rupanya anak kelahiran Melaka ini juga mempunyai bakat dalam bidang nyanyian. Menerusi Instagram Remy, dia berkongsi video jammingnya bersama seorang lelaki yang dikenali sebagai Abang Jamal. Sedapnya suara!
Seniman menangis
https://www.instagram.com/p/BzInIwxHSDL/
https://www.instagram.com/p/BzIzG39nzGQ/
Menerusi Instagram Remy, dia berkongsi video mengenai sesi jammingnya bersama seorang lelaki yang dikenali sebagai Abang Jamal. Melalui video itu juga, Remy memberitahu bahawa nyanyian tersebut sekadar menunggu gilirannya untuk masuk semula ke set penggambaran.
Sedap suara kanda
Suara iras Jamal Abdillah
Rata-rata netizen kagum dengan suara Remy yang seakan-akan Jamal Abdillah. Netizen turut yakin bahawa Remy mampu menjadi seorang penyanyi, kerana memiliki tone suara yang sangat sedap sehinggakan ramai yang cair apabila mendengarnya.
Sumber: Remy Ishak