berita

[VIDEO] ‘Meremang & Nak Nangis’ – Nyanyian Penuh Perasaan Siti Nurhaliza Di Smule Tarik Perhatian, Sebak

April 12th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Nama Datuk Seri Siti Nurhaliza memang sudah cukup terkenal dalam industri seni tanah air. Digelar sebagai penyanyi nombor 1 negara, bakat dan kelunakan suara yang dimiliki Siti Nurhaliza sememangnya tidak dapat disangkal lagi.

Terbaru, namanya kembali menjadi bualan hangat netizen selepas video Datuk Siti mendendangkan lagu Aisyah Istri Rasululullah menerusi satu aplikasi nyanyian iaitu Smule.

Sedapnya suara

Video yang dikongsikan oleh IniAlannnn di laman Twitternya mendapat perhatian ramai. Lebih menarik apabila nyanyian Datuk Siti Nurhaliza kedengaran seolah-oleh seperti dia sedang menyanyi di studio. Dalam kesempatan itu juga, mereka turut memuji kelunakan suara yang dimiliki penyanyi nombor 1 negara ini.

Menurut mereka, walaupun hanya menyanyi menggunakan aplikasi Smule dan menggunakan mic di ‘earphone’ sahaja sebagai audio tetapi vokal nyanyian tersebut sangat mantap dan sedap didengari. Lebih-lebih lagi apabila Datuk Siti sangat menghayati lagu berkenaan dan mendendangkannya dengan penuh perasaan. Nyanyian tersebut sungguh menusuk ke jiwa dan ada juga dalam kalangan mereka yang sangat sebak sehingga menitiskan air mata.

Nyanyian Sabyan di Youtube

https://www.youtube.com/watch?v=aN0ZnoRg_IY

Tidak ketinggalan, kumpulan penyanyi terkenal Indonesia iaitu Sabyan turut mengambil peluang untuk mendendangkan lagu Aisyah Istrti Rasulullah. Video yang dimuatnaik mereka di laman Youtube telah mendapat tontonan sebanyak 3.5 juta penonton.

Sumber: IniAlannn, Sabyan

SKIP THIS AD ×