Baru-baru ini, tular satu video memaparkan momen mesra pelakon dan pengacara, Sheila Rusly bersama menantunya yang juga aktres, Elisya Sandha.
Artikel Berkaitan: Sheila Rusly Terima Menantu Lagi, Anak Bongsu Nikah Hari Ini
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Elisya Sandha Umum Hamil Anak Kedua, Suami Menitis Air Mata Tengok Keputusan Ujian Kehamilan
‘Untungnya dapat mak mentua baik’
Menerusi video yang dikongsikan peminat di akaun TikTok, kelihatan Sheila dan Elisya berada di sebuah restoran sambil menikmati hidangan. Tetapi apa yang mencuri tumpuan ramai apabila melihat aksi spontan Sheila yang menyuap makanan ke mulut menantu pertamanya itu.
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-ratanya kagum melihat keakraban yang terjalin antara mereka berdua. Malah tidak kurang juga ada yang menyifatkan Sheila seorang ibu mertua yang baik kerana layanan mesranya terhadap Elisya.
Dia mentua yang cerdik, anak dia semua lelaki. Nak anak lelaki kita selalu balik rumah, kena tackle menantu sebab lelaki ni dia banyak ikut isteri dia
Kawan-kawan semua, suatu hari nanti kita dah jadi mentua, kita kena contohi Sheila Rusly supaya menantu kita tak tersakiti
Untungnya dia dapat mak mentua baik
Sheila Rusly ni dia faham, kalau orang nak menantu layan mentua dengan baik, dia dulu tunjukkan ciri-ciri mentua yang wajib disayangi
Ini mentua dari syurga, untungnya
Bukan itu sahaja, peminat turut membuat kompilasi momen-momen indah penerbit itu bersama Elisya termasuk ketika mereka membeli keperluan rumah bersama-sama.
Untuk rekod, Elisya dan suami, Uzair mendirikan rumah tangga pada Ogos 2017. Hasil perkahwinan, pasangan itu seorang cahaya mata, Bunga Elhaq yang berusia dua tahun dan kini Elisya sedang hamil anak kedua.
Video
@sheildyj039 Kesayangan??? #sheilarusly #elishasandha #fyp #foryou #fypp #foryoupage ? suara asli – Yuni Rizkiyani
Sumber: TikTok